Twitter dan Terima Kasih..... Cinta?

Assalamualaikum,

Sekali lagi, janji tinggal janji. Disebabkan janji ini juga, hari ini aku melalui satu fasa turun naik dalam kehidupan. Aku mula rasa gusar dan paranoid untuk mempercayai orang sejak kejadian hari ini. Semua kerana tindakkan yang memerlukan kesatuan dalam sebuah kumpulan mula terlerai.

Aku melihat kejadian ini dari dua perspektif. Perspekti aku, tak perlu la aku kongsikan disini. Tapi jika aku meletakkan diri aku dari perspektif satu lagi, aku mula reda dan tidak meradang. Pada pendapat aku mudah sahaja. Setiap manusia punya hak untuk memilih jalan memasing. Tinggal lagi apa yang perlu dilakukan adalah bertanggungjawab dengan pilihan masing-masing. Kata sepakat tidak perlu wujud dalam keputusan peribadi. Insyaallah, kita tidak akan dikecam.

Sejak berkecimpung dalam industri seni persembahan hampir sedekad lalu, aku suka mengekalkan profesionalisme dalam bekerja. Ini supaya kerja yang dilakukan berdasarkan kontrak dan diskripsi kerja yang dilantik. Memang ada kalanya hubungan kita akan semakin akrab apabila kita bekerja dalam satu tempoh masa, dan mula wujud rasa 'kekeluargaan' dalam ruang kerja. Tapi kekadang, kita akan terlalai dengan tujuan kita melakukan kerja kerana sibuk ingin memulihara hubungan kekeluargaan ini. Perkara inilah yang membuatkan sesetengah orang mula hilang panduan dan pilihan sebagai seorang individu WAJIB melalui persetujuan secara kolektif.

Pada pandangan aku, persetujuan secara kolektif seharusnya dibuat apabila setiap ahli kumpulan mempunyai pandangan yang sama dan bersatu dalam menyatakan pandangan itu BUKAN mengangguk lalu setuju melalui kata-kata individu yang melantik diri mereka menjadi ketua keluarga kepada sesebuah kumpulan itu.

Jadi, dari hujah aku di atas, aku ingin tekankan disini, aku memang TIDAK SUKA dengan konsep kumpulan kerja adalah satu unit keluarga. Ini kerana sejak dari ditemuduga, kita tak buat pun secara kolektif. Kita datang dengan kawan. Kawan tak dapat kerja, tak pulak kita pun tolak kerja tu kan. Masa sain kontrak juga. Dalam ruang persetujuan, bukan kita sain secara beramai-ramai atas satu kontrak kan? Tapi ini pendapat akulah. Takde betul salahnya.

P/S: Dalam bekeluarga pun ada hak untuk setiap ahli keluarga. Bukan semua keluarga dikawal oleh seorang ahlinya atau wajib mengikut kepentingan keluarga. Dalan keluarga pun ada kompromi. Lagi satu, jangan la ada sifat nak provoke orang. Jangan sakiti hati orang yang sedia ada sakit.

Comments

ayusyuhara said…
good one..so true n agree with u..
ababilaswad said…
the term "family" comes in when they production is going bad..
the only way to keep people working for you is when you use the word FAMILY...

its an ASIAN thing..

But many misuse the word and its context..sad..

But you will be fine,fi..
you are BARU....

Popular Posts