Sorry coz being busy...

Assalamualaikum...
Apa khabar pembaca semua? Maaf kerana sudah sekian lama aku mengemaskini blo aku yang comel dan sexy ini. Seperti semua orang tahu (aku rasa lah kan), aku sekarang sibuk kerana melibatkan diri dalam sebuah pementasan muzikal yang urban (kata aku) Terima Kasih Cinta yang dipentaskan di Istana Budaya sejak 19 Feb dan akan berakhir pada 6 Mac 2011. Jadi, apa yang aku boleh pos kat sini adalah pengalaman selama 8 kali persembahan yang telah dipersembahkan.
Secara keseluruhan, persembahan ini berjaya diperkemaskan dan diperbaiki dari satu persembahan ke satu persembahan. Sejak dari itu, aku dapati pelbagai maklum balas yang aku baca dan menariknya, lebih banyak kritik yang positif berbanding yang negatif. Aku disini bukan nak merumuskan review yang aku da baca. Aku hanya nak share beberapa perkara dari sudut pandang pelaku.
Dalam perlaksanaan pelaku dalam sesebuah persembahan, anjakan dari diri sendiri kepada bukan diri kita jelas akan berlaku (hujah Schechner terhadap teori Turner, Liminaliti). Walaupun begitu, aku sebagai pelaku, adakalanya secara autopilot melihat apa yang berlaku disekeliling aku dan sebahagian neuron akal aku akan mula memulakan mode kritik.

Nyanyian dalam persembahan ini tidak dapat disangkalkan. Kami (termasuk aku hahahahaha) memang boleh menyanyi dan perkara ini aku lihat sebagai kekuatan Muzikal yang sangat kontemporari ini. Penataan seni (Cahaya, Set, Prop, Wardrobe dll) yang moden kontemporari juga membezakan muzikal ini dengan muzikal lain yang pernah aku sertai atau tonton. Penggunaan semiotik dalam persembahan sedikit sebanyak memberikan penjelasan dalam setiap penyampaian dalam muzikal ini yang sejauh pengalaman aku, pertama kali aku melihat teknik persembahan ini digunakan dalam Tunku the musical (KLPaC).
Apa yang mungkin kekadang membuat aku OCD ialah ada dikalangan pelaku di atas pentas yang tidak memahami elemen-elemen penting persembahan pentas antaranya projeksi dan stage business. Kelemahan dari kaca mata aku ini yang mungkin tidak terlihat secara luas. Sedikit tidak perkara ini mengganggu aku sebagai salah seorang yang berada di atas pentas. Ada kalanya kadang-kadang aku terpandang beberapa individu yang jelas tidak berada dalam realm Terima Kasih Cinta ini, sebaliknya berada dalam dunia nyata. Kadang-kadang, aku pun mengakui yang aku juga ter'switch off' kerana terlihat perkara seperti ini. Jadi, perkara seperti ini aku akan lihat, serap dan praktiskan untuk menjadikan diri aku performer yang lebih baik.
Kepada sesiapa yang tidak lagi menonton Terima Kasih Cinta, khususnya mereka yang merupakan ilmuan seni (katanya), sila saksi kan persembahan ini. Mengapa muzikal ini berbaloi untuk ditonton oleh anda:

1. Aplikasi teori persembahan dapat dilihat.
2. Melihat garapan Filem Cinta kepada persembahan pentas yang boleh dikatakan menarik.
3. Himpunan pelaku seni yang berbakat besar dalam sebuah persembahan.
4. Pendekatan muzikal yang sangat moden kontemporari (Pada mata aku) dalam sekala yang besar.
p/s: Apa yang aku nyatakan diatas bukan justifikasi kerana bias. Setelah mendengar komentar dan kritikan mereka yang menonton, seraya dengan pemerhatian emik, ini yang aku boleh nyatakan.
Comments