KITA the Musical = Gagasan 1 Malaysia.... ke?
Muzikal di Malaysia kita semakin berkembang pesat. Serentak dengan itu, medium ini telah digunakan sebagai platform dalam menceritakan sejarah, mitos dan sebagainya. Tetapi kini, persembahan muzikal digunakan sebagai agen 'mendidik' masyarakat yang teruja dengan medium ini; pengajaran tentang perjuangan kemerdekaan seperti Muzikal Tun Abd Razak dan Muzikal Ibu Zain, Adam the Musical mengenai kesedaran tentang H.I.V dan A.I.D.S dan yang terbaru KITA yang tercatat dalam 'The Malaysian Book of Records' merupakan muzikal yang pertama telah menerapkan konsep gagasan satu Malaysia.
Secara fizikalnya, persembahan ini jelas memperlihatkan retorika tentang keharmonian tiga kaum utama di Malaysia iaitu India, Cina dan Melayu. Kemesraan dan hidup yang harmoni yang dilalui oleh 3 watak utama, Ganesh, Cheong dan Rahman ditulis seolah diinspirasikan dari kisah rakan-rakan dalam buku teks KBSR dan KBSM. Pada pandangan saya, ia kelihatan diada-adakan dalam kadar yang banyak. Latar belakang keluarga mereka bertiga juga seperti mempunyai nilai semiotik terhadap taraf hidup kaum-kaum ini, Melayu sebagai Pemimpin, Cina sebagai Peniaga dan India sebagai Buruh. Dua pendekatan ini sangat menjengkelkan. Ia adalah disebabkan perjalanan kisahnya seolah dapat dijangka. Sekiranya anda pernah membaca tentang Ahmad, Swee Lin dan Raju dalam buku teks sati masa dahulu, anda akan Faham apa yang saya maksudkan.
Dari aspek komposisi muzik, muzikal ini berjaya menghidangkan muzik yang dapat sangat bercirikan muzikal; struktur muzik yang bersesuaian dengan satu-satu babak dan muziknya tidak seperti ditampal sahaja dalam muzikal ini. Pemilihan pelakon juga baik dan ini kerana hampir semua pelakon boleh menyanyi dengan baik. Yang mungkin sedikit mengganggu adalah gaya nyanyian yang tidak bersinkronasi dengan watak yang dipegang. Selain dari itu, dari posisi kerusi saya, saya dapat melihat seorang pemuzik yang kelihatan tidak bersemangat sepanjang persembahan. Perkara ini sedikit sebanyak mengganggu saya sepanjang persembahan.
Yang menjadi kelemaham utama dalam persembahan muzikal ini adalah transisi dari babak ke babak. Saya sebagai penonton hilang sabar menanti perubahan babak. Yang lebih menjengkelkan apabila semasa transisi, tiada usaha untuk menjadikan 'pacing' transisi ini dengan mungkin muzik atau koreografi. Pentas hanya di biarkan gelap sehingga set siap dipasang.
Set pementasan ini pula wajar dipuji. Reka bentuk yang sangat bersesuaian dengan satu-satu babak dan binaannya sangat praktikal.
Dalam pementasan ini, terdapat beberapa babak yang kurang releven dengan konteks persembahan. Babak yang dilihat tidak perlu, pada pendapat saya adalah babak Cheong memberikan keputusan peperiksaan kepada bapanya, 'flashback' bapa Cheong yang agak panjang dan meleret juga babak di estet getah apabila penari/ensemble 'menari' di estet dan juga babak tarian etnik utama di Malaysia. Terutama persembahan etnik, ia memberi kesan antiklimaks dalam persembahan ini dan memperlihatkan terdapat lebih dari satu titik tamat dalam persembahan.
Yang paling mengecewakan saya adalah aspek koreografi persembahan ini. Komposisi muzik yang pelbagai bentuk hanya ditampalkan gerak yang tidak diadun bersama dengan muzik. Bukan itu sahaja, penggunaan bentuk-bentuk utama yang menjadi kebiasaan dalam tarian-tarian Melayu, Cina dan India hanya ditampal secara episodik dan tidak selari dengan muzik. Juga terdapat satu koreografi untuk babak 'flashback' bapa Cheong dimana ianya kelihatan seperti routine untuk kelas tari moden Barat. Secara keseluruhan juga, saya lihat koreografi untuk muzikal ini dikraf oleh dua individu yang kelompok etnik yang berbeza. Apabila koreografi yang 'bercirikan' budaya Melayu, strukturnya kurang kemas berbanding koreografi 'bercirikan' budaya Cina; yang sangat kemas dan teratur walaupun tatabahasa geraknya lebih ringkas.
Secara keseluruhannya, persembahan yang menyahut seruan kerajaan ini berjaya dipersembahkan dengan baik. Ianya, pada pendapat saya, berjaya memperlihatkan nilai-nilai murni hidup dalam keadaan harmoni. Nyatanya diharap retorika persembahan ini dapat disemat kedalam jiwa penonton yang berkesempatan menonton persembahan ini.
P/S : to Nas Adila,thank you for the ticket....

Comments