SPOTLIGHT ON SINGAPORE DANCE THEATRE...
SPOTLIGHT ON SINGAPORE DANCE THEATRE
KLPAC, 10 April 2010, 8.30malam.
Produksi Power Seraya a YTL Company, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) dan Singapore Dance Theatre
Disokong oleh LEE Foundation, YTL, National Arts Council Singapore.
Introduksi kepada kumpulan.
Singapore Dance Theater (SDT) diasaskan oleh Goh Soo Kim dan mendiang Anthony The pada tahun 1988. Syarikat tari ini telah berkembang dari hanya mempunyai 7 penari, kini mereka mempunyai sejumlah 24 penari. Setiap tahun, SDT mempersembahan dari lima ke enam musim persembahan. Syarikat ini mepersembahkan bentuk ballet klasik dan kontemporari. Selepas pelantikan Janek Schergen sepagai pengarah artistik pada Januari 2009, SDT terus maju untuk memperluaskan pencapaian dalam industri tari; di Singapura dan antarabangsa. Menerima geran dari kerajaan Singapura, SDT berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk tatapan umum......

Review persembahan.
Kedengaran suara rakaman Joe Hasham yang menandakan persembahan bermula. Karya pertama dimulakan. Secara keseluruhan karya pertama ini memperlihatkan bentuk ballet klasik yang dibahagikan kepada tiga seksyen utama. Secara jelas, seksyen ini ditentukan dengan tiga bentuk muzik yang dimulakan dengan tempo yang sederhana, disusuli dengan tempo yang perlahan dan diakhiri dengan tempo yang pantas. Instrumentasi yang membina muzik dalam persembahan ini terdiri daripada instrumen muzik klasik Barat yang jelasnya terdiri daripada Piano, tiga bahagian biola, timponi dan terdapat juga beberapa instrumen tiupan. Komposisi muzik ini dirasakan sangat indah dengan sulaman bunyi yang sangat harmoni sekaligus memberikan kesan epika dalam persembahan ini.
Secara fizikalnya, penari lelaki mengenakan kemeja T hitam dan seluar tide pendek yang juga bewarna hitam manakala penari wanita pula mengenakan leotard hitam serta skirt pendek juga bewarna hitam. Dandanan rambut penari wanita yang sangat kemas dan rapi sangat memperlihatkan visual seorang penari yang bersedia untuk menghadiri kelas ballet. Saiz penari dilihat berbeza antara satu sama lain. Akan tetapi dapatlah dinyatakan bahawa mereka mempunyai bentuk badan yang ‘ideal’ sebagai seorang penari. Penataan cahaya yang terang dan ringkas dilihat hanya berfungsi sebagai cahaya untuk menerangi ruang pentas.
Pengetahuan yang minimal dalam persembahan ballet, sebenarnya, sedikit sebanyak telah menghadkan pemahaman saya terhadap persembahan ini. Ini kerana, pada pendapat saya, karya pertama, Piano Concerto No. 2, Opus 102 oleh Edmund Stripe ini hanyalah satu bentuk persembahan pure dance. Saya secara peribadi tidak melihat sebarang bentuk penceritaan. Dalam seksyen pertama, persembahan memperlihatkan kepelbagaian dan variasi dalam mempersembahkan tarian ballet; solo, duet, trio, corp dan lain-lain variasi yang biasa dipersembahkan dalam ballet. Penari jelas hanya memperlihatkan teknik ballet mereka dan tidak menarikan ballet ini. Pada pandangan saya, tiada sebarang projeksi yang dapat saya terima dari penari yang terdiri daripada 6 lelaki dan 7 perempuan. Mereka seolah bergerak dan melaksanakan teknik ballet sahaja, sekaligus, perlaksanaan pergerakan ini tidak selari dengan muzik yang mengiringi persembahan ini. Ketidakselarian ini dapat dilihat apabila terdapat pergerakan kaki yang dilakukan oleh penari mempunyai ritma yang sama dengan salah satu intrumen dalam komposisi muzik ini. Akan tetapi ianya tidak ‘bersama-sama’. Elemen muzikaliti dalam persembahan ballet yang serasa saya merupakan elemen yang penting tidak terlihat dalam seksyen satu ini.
Seksyen dua pula memperlihatkan duet dan pas de deux oleh sepasang penari; lelaki dan perempuan yang diiringi oleh muzik yang agak legato dan adagio. Dalam bahagian ini penari perempuan dilihat lebih menepati estetika ballet dimana setiap pergerakan kaki yang mengunjur panjang, kawalan di udara yang sangat ringan dan terkawal. Penari lelaki dalam bahagian ini hanya berfungsi sebagai sokongan dan pautan kepada penari perempuan ini sekaligus mengimbas ingatan saya terhadap fungsi penari lelaki pada zaman ballet Romantik; lelaki hanya berfungsi sebagai individu yang membantu penari wanita untuk terbang dan terapung di udara. Jika diimbas sejarah perkembangan tari ballet di Barat sekitar abad ke-19, fungsi penari lelaki dilihat kurang penting berbanding penari wanita. Sehinggalah kemunculan Ballet Russe oleh Diaghilev, penari lelaki mula mendapat tempat dalam persembahan tari, meskipun pada ketika itu mula wujud persoalan tentang maskuliniti lelaki dalam persembahan ballet. Ironinya, perasaan yang sama saya rasai apabila menonton persembahan ini; lelaki secara fizikal seolah tidak terlihat maskulitinya dalam karya ini.
Dalam seksyen tiga, muzik yang dimainkan bertempo pantas dan terdapat banyak kerja kaki (footwork) yang cuba diaplikasikan dalam bahagian ini. Pada pendapat saya, keserasian tari dan muzik paling lemah dalam bahagian ini dimana penari dilihat seolah terkejar-kejar untuk memastikan pergerakan mereka serasi dengan muzik. Dalam bahagian ini, saya hanya tertarik kepada dua orang penari wanita; seorang tinggi, kurus dan mempunyai fizikal yang menggambarkan estetika ballet dan seorang lagi agak rendah dan berkepala besar. Dua penari ini sahaja dalam bahagian ini yang mempunyai projeksi sebagai seorang penari dimana mereka ‘menari’ dan bukan hanya melakukan gerakan. Menari maksud saya disini adalah melakukan pergerakan dengan niat untuk menari dan cuba menyampaikan emosi dan rasa dalam pergerakan yang dilakukan. Cara kedua-dua penari ini ‘menyampaikan’ koreografi dalam bahagian ini sangat meyakinkan dan seketika saya merasakan mereka benar-benar menari.
Selepas berhenti rehat, Glow-Stop oleh Jorma Elo dipentaskan. Karya tari kedua ini terbahagi kepada dua seksyen utama tergantung kepada pertukaran muzik. Selain dari itu juga, dalam kedua-dua bahagian ini juga presentasinya juga terbahagi kepada bahagian-bahagian kecil. Bahagian-bahagian kecil ini dapat dilihat dari komposisi gerak yang dipilih untuk membina koreografi ini. Penari yang mempersembahkan bahagian ini terdiri daripada enam lelaki dan enam perempuan mengenakan pakaian serba merah yang diperbuat dari kain baldu yang berkebolehan untuk meregang. Penari lelaki mengenakan rekaan leortard untuk lelaki dan dibahagian bawah pinggang merupakan seluar ketat sehingga ke paras buku lali. Rekaan kostum untuk penari wanita pula adalah dress pendek paras bawah peha dengan potongan V rendah dibahagian dada.
Yang menarik dalam presentasi ini adalah penataan warnanya. Penari mempersembahkan tarian ini dalam ruang pentas yang agak gelap. Penataan cahaya yang digunakan dalam koreografi ini sangat minimal dimana hanya beberapa spot putih dan lampu sisi bewarna amber sahaja digunakan sepanjang persembahan. Penggunaannya juga hanyalah untuk menerangi ruang lantai dimana penari telah diplotkan. Tirai belakang bewarna hitam, yang jelas sangat kontra dengan warna kostum yang dikenakan sekaligus membantu dalam menegaskan kedudukan penari diatas pentas.
Koreografi ini, secara fizikalnya jelas menunjukkan sebuah bentuk tari ballet kontemporari yang sangat menggunakan unsur-unsur ballet dalam pembinaannya. Terdapat sangat sedikit eksplorasi geraknya yang ‘lari’ daripada bentuk ballet. Walaupun begitu terdapat beberapa gesture tangan yang digunakan dalam koreografi ini sangat menarik. Ini kerana gesture ini ada diantaranya berbentuk sangat geometri dan assimetri. Akan tetapi, kesan yang diberikan dari gesture-gesture tangan ini adalah dua dimensi.
Pergerakkan kaki hampir 99% merupakan pergerakkan kaki yang sangat ‘balletik’. Hanya terdapat sedikit bahagian dalam koreografi ini posisi kakinya dalam bentuk turn-in. Kebanyakkan dari pergerakkan kaki diambil dari bentuk ballet seperti develope, arabasque dan lain-lain. Pergerakkan kaki yang digunakan memperlihatkan fleksibiliti maksimu mereka yang pada pandangan saya tidak memberi faktor ‘WOW’ dalam presentasi ini.
Penari lelaki dalam karya ini sangat menonjol dalam karya ini. Selain daripada kemampuan mereka melakukan lompatan, tour condong 45°, dan pelbagai lagi bentuk lompatan dengan pendaratan yang sangat terkawal, kemaluan mereka, secara literal juga diperlihatkan dalam koreografi ini. Bagi saya, ‘pameran’ ini sangat mengganggu saya sebagai seorang penonton. Jelas penari tidak mengenakan sebarang bentuk pakaian dalam yang bersesuaian sebelum mengenakan kostum yang sangat melekap pada badan ini. Posisi zakar dan skrotum penari lelaki ini sangat jelas dapat dilihat dari jarak tempat duduk saya. Perkara ini bukan sahaja mengganggu konsentrasi saya sahaja. Ezdianie yang duduk disebelah kiri saya juga lebih tertarik kepada apa yang diperlihatkan oleh penari lelaki dalam karya ini.
Selepas dua karya yang telah dipersembahkan, saya masih ‘sesat’ dalam mencari apa yang ingin disampaikan dalam The Spotlight on Singapore Dance Company ini. Dari informasi yang dinyatakan dari lipatan program yang diterima, sebenarnya, maklumat yang diberi, secara peribadi tidak memberi sebarang bantuan untuk saya memahami apa yang cuba dipersembahkan dalam karya kedua ini. Sinopsis persembahan, untuk ketiga-tiga persembahan ini jelas hanya menceritakan tentang sejarah karya-karya yang dipentaskan pada malam ini. Maklumat tentang dua karya pertama ini hanya menyatakan tentang sejarah karya ini dihasilkan dan sebab mengapa karya ini dicipta, BUKAN apa yang cuba disampai dalam presentasi tari ini. Pada pendapat saya, info ini seolah cuba membentuk pemikiran kepada penonton sekaligus memberi ‘khabar yang indah sebelum memperlihatkan rupa’. Contohnya, untuk karya pertama, kata-kata seperti “...is a 20 minute piece that features 7 female and 9 male dancers on stage in a fast-paced and exciting work....” sebenarnya, pada pendapat saya tidak terlihat di atas pentas. Bagaimana tari yang diperlakukan tidak selari dengan muzik menjadi satu persembahan yang rancak dan mengujakan? Ada juga dinyatakan dalam info bahawa muzik yang digunakan dalam karya yang pertama ini, merupakan runut bunyi dari filem Disney, Fantasia 2000. Kemungkinan info-info ini diberi adalah untuk seolah mengampu (tidak keterlaluan untuk dinyatakan begitu). Paling tidak, ianya seolah-olah ingin menyatakan kebanggaan mereka semata. Dan tidak perlu saya nyatakan apa yang ditulis untuk karya kedua pula.
Karya ketiga merupakan satu bahagian dari karya agong tokoh ballet yang terkenal, Marius Petipa iaitu Raymonda. Karya ini pernah dipersembahkabn oleh SDT dalam persembahan perdana mereka pada tahun 1988. Dalam persembahan ini, mereka telah mempersembahkan sebuah divertissement atau seksyen dari Babak III karya ini. Dalam divertissement ini, ia memperlihatkan ballet klasik yang dipersembahkan pas de dix iaitu ballet yang ditarikan oleh sepuluh orang penari lima lelaki dan lima perempuan. Dalam divertissement ini, ia bermula dengan persembahan oleh kesemua penari. Kemudian persembahan dipersembahkan dalam kronologi solo, duet, dua pasangan mempersembahkan pas de deux oleh penari utama dan kemudiannya pas de dix sekali lagi mengakhir divertissement ini.
Kostum yang dikenakan oleh penari wanita merupakan tutu jenis pie, yang merupakan kostum yang biasanya dipakai dalam persembahan ballet klasik. Penari lelaki pula mengenakan tight panjang bewarna putih, dan baju dibahagian atas badan merupakan baju agak sama dengan kostum dalam persembahan teater klasik Inggeris. Yang membezakan penari utama dengan penari yang lain adalah warna kostum yang dipakai. Penari utama mengenakan kostum bewarna putih dan yang lain mengenakan warna hijau. Secara strukturnya, persembahan ini disusun secara kronologi; bermula dengan pas de dix memperlihatkan persembahan yang kurang mantap. Ini kerana mereka tidak bergerak sama dalam pergerakan unison. Penghabisan bahagian ini juga tidak tepat. Seterusnya adalah solo yang dipersembahkan oleh seorang penari yang saya nyatakan sebelum ini, penari yang mempunyai muzikaliti dan projeksi yang baik, selari dengan teknik yang baik. Bahagian seterusnya, ia merupakan satu solo oleh penari yang lain. Bahagian ini penari yang menarikannya merupakan berlawanan dari penari sebelum ini. Bukanlah saya nyatakan ia merupakan presentasi yang teruk. Akan tetapi ia dilihat kurang meyakinkan berbanding penari sebelumnya. Selepas presentasi solo ini, persembahan pas de quad oleh penari lelaki. Bahagian ini dipersembahkan dengan sangat ringkas dan pendek. Dalam bahagian ini, selain daripada memperlihatkan kemaluan mereka, sekurang-kurangnya, dua dari empat penari ‘mempersembahkan’ tarian ini. Seorang dari empat penari ini, secara fizikalnya saya menjangka beliau berbangsa Jepun sangat menari perhatian. Dengan ketinggian yang tidak setinggi penari lelaki lain, beliau telah berjaya memperlihatkan teknik yang baik dan tarian yang indah, dengan elevation yang kelihatan ringan dan terapung serta muzikaliti beliau yang sangat serasi dengan muzik yang mengiringi persembahan quartet ini. Pasangan wanita pula mempersembahkan ballet mereka selepas kumpulan lelaki ini. Secara jujurnya, saya tidak dapat ‘menghargai’ bahagian ini dan ini kerana kedua-kedua penari ini memperlihatkan ketidak ikhlasan mereka dalam menari. Kedua-keduanya hanya ber’komunikasi’ sesama mereka yang pada pendapat saya mereka harus ber’komunikasi dengan penonton. Presentasi penari utama lelaki disusuri selepas ini, beliau memperlihatkan solo, yang pada pendapat saya dipersembahkan dengan sangat baik sekali. Penari solo ini mempamerkan teknik yang baik; memperlihatkan turn-out, pirrouttes yang dapat terkawal dan dalam imbangan, elevation yang sangat kuat dan projeksi persembahan yang sangat baik. Keindahan persembahan ini diteruskan pula dengan persembahan solo penari utama wanita. Penari utama wanita ini juga, pada pandangan saya telah memepersembahkan solo yang sangat baik dan telah berjaya membawa keindahan yang telah dipersembahkan oleh penari utama lelaki sebelum ini. Persembahan Raymonda ini diakhiri dengan presentasi pas de dix oleh semua penari yang pada pendapat saya tidak cukup kemas kerana mereka tidak bermula dan berakhir dalam masa yang sama. Walaupun terdapat beberapa bahagian solo dan pas de deux yang indah telah dipersembahkan oleh penari, dalam menari berkumpulan, saya melihat kelemahan kumpulan ini disini.
Secara keseluruhannya, untuk saya, persembahan ini tidak memberi kesan keterujaan dan sekiranya kumpulan ini kembali dan membuat persembahan di Kuala Lumpur, saya mungkin tidak akan menontonnya. Ini bukan bermakna saya tidak berminat dengan persembahan tari ballet. Mungkin pada saya, ballet yang persembahkan oleh kumpulan ini berbentuk eksklusif dan hanya peminat ballet sahaja yang akan dapat mengaprisiasi persembahannya, bukan peminat tari. Perkara seperti ini sebenarnya antara salah satu sebab mengapa peminat tari tempatan, tidak menunjukkan minat kepada tari bentuk ini, realitinya, tidak hipokratiknya.

Comments