Passion or Fashion???? ANAK SENI UNIK KE? Part 1

Hari ini aku telah menyaksikan sesuatu yang menjadi jawapan kepada semua persoalan yang bermain difikiran aku, tentang minat orang terhadap seni. Semasa aku keluar dari Studio tari utama, aku terlihat sekumpulan pelajar teater sedang menyiapkan set untuk pementasan teater kanak-kanak Isnin ini. Aku kagum dengan kesungguhhan dan pengorbanan mereka untuk menyiapkan sesuatu bahan yang akan mungkin atau tidak membantu dalam pementasan teater itu.

Bagaimana bilangan pelajar kesenian bertambah ramai. Pada mulanya, pada pendapat aku, penambahan kuantiti ini baik, sebab aku sangka lebih ramai orang yang berminat untuk menjadikan bidang seni ini sebagai kerjaya. Selain dari itu, pernambahan ini aku jangka dapat meramaikan lagi, anak seni yang benar-benar meminati bidang kesenian. Aku tak mah cakap pasal bidang lain. Aku nak sentuh bidang tari.

Sebenarnya, aku mula sedar tentang perkara ini sepanjang pengajian ijazah aku di ASWARA. Sebenarnya, pelajar-pelajar tari ASWARA, banyak yang mengambil bidang tari bukanlah disebabkan mereka benar-benar ingin mempelajari dan mendalami kefahaman dan pendidikan tentang tari. Sebaliknya mereka menyertai Fakulti tari hanya kerana mungkin, universiti lain tidak menerima mereka kerana SPM dan STPM hanya cukup2 makan, atau nak sambung Ijazah kat tempat lain tak berani, suka duduk kat tempat yang selesa je, ada yang mungkin sudah rasa selesa di ASWARA sebab rasa dihormati dan hebat, dan macam-macam lagi. Kalau orang tanya aku, budak tari ni bebetul ingin belajar di ASWARA, aku akan jawab 'siapa yang dimaksudkan ingin betul2 belajar tu?'.

Secara jujur, pada pendapat aku 70% pelajar tari sepatutnya bukan belajar tari. Tiada kesungguhan dan semangat langsung. Hampir 70% pelajar tari ASWARA perlu dipaksa untuk melakukan persembahan di ASWARA. Perkara ini yang sangat unik tentang pelajar ASWARA. Kalau aku nak bandingkan dengan kengkawan aku dari Fakulti lain, kecuali Muzik, mereka sangat teruja untuk membuat persembahan. Membuat persembahan maksud aku adalah sebagai koreografer atau penari. Mereka2 ni memang bijak mencari alasan untuk tidak membuat persembahan. Ada pula diantara mereka ni memang langsung tidak pernah membuat persembahan pentas. Jadi aku tertanya, kenapa bidang seni persembahan ini yang mereka pilih?

Aku sedar yang aku ni, memang tak sesuai untuk menjadi penari sebab bentuk fizikal aku yang aku suka, tapi kenapa ada yang kurus pun tak mahu naik ke pentas.Apakan lagi kalau diminta pergi audition. Pada pendapat aku perkara ini menyedihkan. Yang lebih menyedihkan lagi, ruang studio yang sempit tak dapat digunakan oleh individu yang betul2 bersungguh-sungguh.

kalau pelajart diploma, aku kekadang tutup sebelah mata. Sebab mereka mungkin belum nampak lagi pilihan mereka. Malangnya, ada dikalangan pelajar Ijazah ni, sangat tak bersungguh-sungguh, apabila sesebuah tugas menghasilkan seni tu adalah untuk tujuan pembelajaran, mereka lebih utamakan status sosial dan hubungan sesama mereka daripada melaksanakan tugasan sebagai seorang pelajar seni. Aku bukan bermaksud jangan bersosial. Tapi, mereka ni ada masalah dalam mengenali yang mana lebih utama. Kalau dalam kelas aku sahaja, lebih 50% mengutamakan masa sosial daripada masa untuk belajar.

Aku bukan nak jadi Judgemental dengan menuduh melulu, tapi sebenarnya inilah realiti yang tidak mahu diakui. Kekadang aku kesal dengan mereka yang mengaku diri mereka sebagai pelajar, tapi sebenarnya datang ke ASWARA untuk bersosial je. Perkara ini harus difikirkan oleh semua yang ingin melanjutkan pelajar dalam bidang kesenian. Adakah anda benar-benar ingin mendalami seni atau sekadar anda ingin menjadi popular....

Aku berhenti disini dan masih ada suara hati aku yang aku ingin luahkan..Tggu

Comments

Popular Posts