Its been A WHILE....
Assalamualaikum
dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog ni....pendapat terakhir aku tentang persembahan adalah untuk JAMU 2009 Program A. Sejak dari itu, aku dah lama tak update blog ni..sebabnya aku punya laptop baru je baik dari di baiki dan masa agak mencemburui aku untuk aku duduk dan menulis.
Ada beberapa persembahan yang sempat aku tonton dan aku rasa sudah agak terlewat untuk aku tulis mengenainya. tapi masih ada beberapa perkara yang berlaku yang aku rasa semua orang patut tahu.
Antaranya adalah lawatan aku ke Galeri Chandan yang terletak di no 15 jalan gelenggang, Bukit Damansara. Galeri Chandan ini merupakan sebuuah galeri yang mempamerkan hasil karya catan dan arca oleh pelukis-pelukis tempatan yang kebanyakkannya adalah karya artis berbangsa Melayu. Ia mula beroperasi sejak April 2009 dan mula dilancarkan secara rasmi pada 16 Jun 2008 oleh DYMM Raja Muda Perak Darul Rizwan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Galeri ini merupakan rangkaian perkhidmatan yang disediakan oleh sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan, perkembangan dan komersial seni reka, ThreeHundredSixty.
Sebenarnya, lawatan kami kesini adalah untuk menyiapkan kertas kerja yang ditugaskan oleh pensyarah. Akan tetapi, kami juga tertarik untuk membantu memperkembangkan fungsi Galeri Chandan kepada sebuah venue persembahan pentas dan sekaligus menjadikannya ruang persembahan alternatif untuk persembahan tari, muzik dan teater. Selain dari itu, kami juga melihat kemungkinan dimana kami boleh mewujudkan kerja kolaburasi dengan artis dari bidang lain (khususnya artis catan dan arca) yang mana dapat membantu dalam meramaikan lagi jumlah penonton dan individu yang mengharga seni di Kuala Lumpur, khususnya dan di Malaysia, umumnya.

Ketika lawatan kami, pada 4hb November lalu, galeri ini baru sahaja selesa menganjurkan persembahan BeyondPrint dan sedang bersiap sedia untuk persembahan seterusnya, The Art of War The Art of Raw oleh artis Shafee Ramli. Sedang kami interview dan 'meriki' ruang, Faizah, yang bertugas sebagai pengurus galeri menyatakan bahawa mereka baru sahaja kehilangan sebentuk hiburan untuk pameran yang dilancarkan pada 7 Nov. Aris dan aku sangat teruja dan menawarkan diri untuk membuat persembahan tari, berdasarkan interpertasi dan pandangan kami terhadap hasil kerja Shafee Ramli atau lebih popular dengan panggilan Cif. Faizah memberi kami layout catalog dan didalamnya terdapat informasi tentang persembahan yang bakal berlaku dan karya yang bakal Cif persembahkan.

Kami melawat ruang persembahan pada 6 Nov dan mula mendapat inspirasi dari susun atur karya Cif ini dan pada 7 Nov kami telah membuat persembahan disana. Persembahan bermula pada jam 8.30pm dan berakhir lebih kurang jam 10pm. yang menarik tentang persembahan ini, pada aku, aku tak pernah buat persembahan tari yang tidak menekankan aspek posisi penonton dan ruang pentas. Aku juga kagum dengan kemampuan aku untuk melalui fasa liminalisasi untuk meluahkan dan mengekspresikan diri aku terhadap hasil karya orang lain. Aku telah memilih FATMAN sebagai subjek matter. Maklum balas yang diterima dari penganjur dan artis positif. Aku dan kawan2 yang terlibat sangat teruja dengan penglibatan kami dan kami mula merancang untuk meneruskan lagi kerja usaha sama ini dengan Galeri Chandan.
Aku ingin ucapkan terima kasih kepada Abg Joe, Faizah dan semua staff Galeri Chandan dan ThreeHundredSixty yang telah membenarkan kami untuk bersama-sama menjayakan pelancaran pameran ini. Terima kasih juga kepada Cif yang rela berkongsi ruang dengan kami untuk mengekspresikan kecintaan seni dari medium yang berbeza. Tak lupa ahli kumpulan aku yang terlibat sama dalam persembahan: Nani, Aris Kadir, Arif, Yunus, Sufinah dan Akmal. We did it, dan ianya takkan berakhir di sini.....

Comments