Ragut
hurmm...what can I say..
Kelemahan utama karya ini adalah skripnya(Pendapat aku yang tak pandai menulis dan pengetahuan yang terhad). Yang kedua adalah lakonan (ni aku ada sedikit pengalaman dan pemerhatian).
Sebenarnya, bila kita dengar perkataan ragut, sebenarnya kita dah dapat lihat apa yang akan diperlihatkan dalam sesebuah persembahan sebenarnya. Mengagak yang ianya akan dipentaskan dalam bentuk eksperimen, aku cuba mengalihkan perhatian aku pada tanggapan umum tentang ragut. Apabila aku mula masuk ke ruang Kotak Hitam, ada sesuatu yang sangat menarik perhatian aku; preset persembahan iaitu hampir semua pelakon diatas pentas, duduk dilantai dan menyandar ke dinding. Yang lebih menarik kelihatan graffiti yang dilukis dengan kapur di dinding, di tempat mereka menyandar.
Aku mula memerhatikan setiap grafik yang diperlihatkan di atas dinding itu. Ini sesuatu yang pertama sekali menduka citakan. Tiada kesatuan dalam graffiti di dinding itu. Pada mulanya aku melihat semiotik-semiotik perlambangan jalanan dan kehidupan, tetapi kait hubung yang cuba aku lakukan terhenti apabila aku mula terlihat terdapat satu lukisan kelihatan seperti gajah disebelah kanan sudut atas dinding itu. Sejujurnya, selama aku duduk di Kuala Lumpur, aku tidak pernah melihat graffiti atau vandalisme di dinding awam melukis binatang yang hampir pupus.

Seketika, persembahan bermula, dan satu lagi perkara yang berlaku menarik perhatian aku. Ianya berlaku apabila satu square light dinyalakan ke dinding dan menerangi satu bahagian. Nah. Disini aku melihat dan mentafsir sesuatu yang menarik. Bahagian yang diterangi di dinding adalah pemandangan di jalanan, yang terus menggambarkan lokasi dimana semua ini berlaku. Pada aku ini adalah sesuatu yang signifikan dalam persembahan ini. Malangnya perkara itu berlaku hanya pada lukisan itu sahaja. Aku sebenarnya membayangkan apabila berlaku pertukaran babak, terdapat square light menyuluh pada gambar yang lain, malangnya tidak.
Pencahayaan pada aku sedikit lemah. Limitasi menjadi penghalang utama dan membawa kepada kegagalan dari aspek ini dalam persembahan ini. Pada pendapat aku, susun atur dan pencahayaan dalam karya ini memperlihatkan kelemahan dan limitasi yang dihadapi.
Dari aspek lakonan, fokus dan projeksi pelakon kurang dilihat. Perkara ini berlaku terutama apabila mereka menyandar di dinding. Tanpa mereka sedari, mereka adalah sebahagian dari persembahan dan pada pendapat aku mereka harus 'mati' apabila berada di dinding. Susun ataur mereka pun haruslah bergantung kepada susun atur babak. Disebabkan susun atur ini sangat random, adakalanya, pelakon keliru dengan keluar masuk, dan terdapat satu babak yang tidak sepatutnya watak Putra keluar bersama sama dengan watak Tina. Dari aspek disiplin pelakon juga, saya sedikit terkilan bila ada pelakon yang dengan niat ingin mendapat lampu dalam sebuah persembahan yang pada mata aku berbentuk serius. Contoh lawak yang tak terancang dan menjadi parody masyarakat Melayu seperti lakonan watak Adam; yang bukan dengan niat untuk meminta ketawa, tetapi perucapannya itu jelas memberi perlambangan kepada golongan remaja Melayu dan disampaikan dalam skop persembahan.
Rumusan dapat la aku nyatakan yang aku berpeluh sepanjang menonton persembahan ini. Tetapi pada pendapat aku, banyak perkara dalam persembahan ini memberi inspirasi kepada aku dan sekaligus membantu aku untuk menyiapkan sebuah naskah lakonan pentas berbentuk eksperimen. Banyak elemen dalam persembahan ini membantu aku membuka mata dan melihat dari aspek yang berbeza dalam proses mencipta dan berkarya. Akhir kata, nasihat aku pada Hafizee, aku lagi suka tengok ko berlakon......dan always remember, seni persembahan mempunyai satu keunikkan dimana ia hanya akan berlaku sekali sahaja, iaitu semasa persembahan. Mungkin apa yang aku tonton malam ini adalah antara yang terteruk sekali sepanjang proses latihan produksi ni. Itulah keindahan dan keunikkan seni persembahan.

Comments