Jamu 2009: Program A
Seperti biasa, setiap tahun Fakulti Tari ASWARA akan menganjurkan satu siri tari kontemporari yang menghimpunkan karya tari kontemporari pensyarah-pensyarah Fakulti Tari, khususnya pensyarah yang pernah menyumbang karya sebelumnya dan pensyarah yang mempunyai reputasi dalam penghasilan karya tari kontemporari. Ini telah membuatkan persembahan ini adalah persembahan yang dinanti-nantikan setiap tahun dan ramai yang akan melapangkan hari mereka untuk menyaksikan himpunan tari kontemporari ini(at least I did). Dan kali ini, persembahan JAMu menyediakan lebih banyak karya tari dan persembahan terdiri daripada 2 kumpulan; Program A dan Program B.
Persembahan dimulakan dengan persembahan tari bertajuk KL CA Mix 10.09 hasil karya Wendy Rogers, penisyarah jemputan yang didatangi dari California. Wendy juga merupakan penosyarak kepada aku untuk kuliah koreografi. Jadi, aku tahu sedikit sebanyak proses penghasilan koreografi ini. Tapi, bukan ini yang aku nak share dengan pembaca setia blog aku ni(soalannya, ada ke?).

So, aku tertarik dengan karya Wendy ni sebabnya apabila dapat melihat penari-penari ASWARA (yang mengambil penghususan persembahan tari) melakukan dan memperlihatkan gerakan yang bukan menjadi kebiasaan mata aku. Aku tertarik apabila pemainan improvisasi oleh Wendy berjaya memecahkan gaya persembahan penari-penari ini. Tetapi masih wujud satu kekesalan apabila ada sebilangan penari, malangnya mereka dalam kelompok yang sama sebelum ini, 'terkongkong' dalam bentuk tatabahasa gerak yang biasa mereka lakukan sebelum ini. Memang tidak dapat disangkalkan bahawa, Umesh Shetty banyak memberi kesan dalam kemajuan teknik pelajar-pelajar Tari ASWARA. Tapi, malangnya, ada pelajar yang mengambil gerakkan untuk latihan teknik beliau dan menggunakannya sebagai satu frasa gerak untuk persembahan (been there, done that..hahahahah). Mungkin mereka perlu masa macam aku juga untuk memahami perbezaan sesebuah tarian atau latihan teknik. Anyway its such a wonderful performance to opened the show.

Persembahan selepas itu adalah Siapa? karya En Seth Hamzah. Secara keseluruhannya, aku melihat karya ini dalam kategori persembahan Etnik Kreatif FTK dan ini tak bermakna ia sesuatu yang tidak baik. Sebenarnya kalau diminta pendapat aku tentang karya ini, aku agak peribadi mengenainya. Sebenarnya, bila melihat karya ini, aku merasakan apa yang aku ingin lihat dari En Seth terlihat dalam karya ini. Aku memang ada kata berkali-kali dengan En Seth supaya beliau menari dalam persembahan JAMU dan permintaan aku telah dimakbulkan. Tapi, jika akun meletakkan diri aku sebagai seorang penonton, kelemahan utama aku mungkin pemilihan penari. Jelas pengalaman yang kurang telah menyebabkan seksyen dua dalam karya ini, penari dilihat hanya melakukan pergerakan dan tidak menarikannya. Tatabahsa yang dilakukan pula tidak dilakukan sepenuhnya. Binaan koreografi juga dapat dijangka perkembangannya.

NASI PUTIH koreografi Aris Kadir merupakan karya yang aku nanti-nantikan dalam siri program A ini. Aku pernah melihat karya ini sebelum ini di KLPAC dan versi kali ini sangat diluar jangkaan. Karya ini secara jelas memperlihatkan tentang aktiviti nasi kangkang yang menjadi budaya sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia yang tidak pupus dimakan modenisasi. Karya ini pada aku dilihat berjaya memperlihatkan kehidupan dan kebenaran yang memang wujud dalam karya tari ini. Tatabahasa gerak yang digunakan dalam karya ini jelas banyak membantu dalam penyampaian dan penceritaan karya ini. Tahniah juga diucapkan kepada penari-penari yang telah menjayakan karya ini.

Karya seterusnya adalah hasil koreografi Zamzuriah Zahari, Satu Langkah, Dua langkah, yang menceritakan tentang pengembaraan, persaingan dan milikan. Yang menarik tentang koreografi ini adalah seni reka setnya, merupakan longgokan jerami dan sebuah pondok usang yang rupanya sangat kukuh. Kebolehan penari dalam menggunakan pondok itu sangat dipuji dan ia terlihat seperti satu bentuk tari pasca moden barat/ street dance jenis JUMP yang diberi nafas tradisi. Apa yang aku boleh lihat dalam karya ini adalah gambaran tentang pengembaraan yang tidak terlepas dengan saingan dan gangguan. Jelas dalam karya ini, semua tempat yang kita berdiri adalah hanya satu persinggahan dan adakalanya kita tidak sedar yang kita berdiri ditempat orang lain, dan yang lebih menyedihkan apabila merasakan bahawa kita akan sentiasa berada diposisi dimana kita berdiri hanya dengan ugutan dan ancaman yang mampu kita lakukan. Karya ini, seperti karya Nasi Putih dan Siapa adalah antara karya tari kontemporari yang memperlihatkan identiti Melayu yang sangat mengujakan aku.

Revisited karya En Wong Kit Yaw adalah antara karya yang sedikit menarik perhatian aku. Jurang bahasa yang berlaku dalam karya ini membuatkan aku mengabai kata-kata yang terucap dalam skap bunyi yang dipilih oleh beliau. Secara fizikal, karya ini memperlihatkan pandangan lelaki terhadap wanita. Secara jelasnya, koreografer memilih semiotik dan sign yang memperlihatkan kepengodaan seorang wanita. Gerak yang minimal dalam koreogarfi ini jelas memperlihatkan liuk lentuk wanita yang sentiasa ingin mengoda dalam apa keadaan sekalipun. Penggunaan tatabahasa gerak yang literal dan memperlihatkan lengkung tubuh wanita, dalam cahaya yang suram jelas mencetus suasana yang menghairahkan. Perkara ini adalah sangat jelas dan rupanya bukan sesuatu yang ingin disampaikan dalam karya ini. Koreografernya menyatakan beliau BUKAN ingin memperlihatkan godaan dan pandangan lelaki terhadap wanita. Karya ini adalah berkenaan kesunyian. Yang menjadikan aku keliru adalah pengunaan kostum dan tatarias. Sehinggakan kuku penari dicalit dengan pewarna merah dan apa kaitannya ini dengan kesunyian. Aku masih cuba menjadi toleren tetapi maaf, aku masih tidak mendapat perkaitan ini.

Autumn, yang memperlihatkan keseronokkan dan kegirangan zaman remaja. Yang menariknya adalah dalam karya ini, personaliti penari merupakan kunci utama dalam kejayaan karya ini. Aku hanya tersenyum sepanjang pementasan karya Vincent Tan ini. Berbanding karya sebelum darinya, After Duet yang agak mendodoi tidur, karya ini menggunakan pendekatan yang sama akan tetapi penyampaian yang berbeza. Karya yang sangat ringan ini sangat menghiburkan dan jelas intuisi penyampaiannya.
Karya penutup, Depak Gentik, kolaburasi En Aziwahija dan En Nizam, menggunakan bahan silat sepenuhnya dalam pembinaannya. Pengalaman pertama kedua-duanya ini dilihat bukanlah satu kegagalan. Mereka ditugaskan untuk menggantikan Allahyarham Anuar Wahab sebagai guru Silat dan kini guru Teknik Kontemporari di ASWARA. Dalam karya ini, selain daripada improvisasi yang dilakukan oleh penari, 95% pergerakan adalah latihan Silat yang sebenar.
Secara literalnya, dapat dilihat dalam karya ini, hubungan antara guru dan murid. Terlihat juga batas dan laku yang seharusnya wujud diantara murid dan guru. Yang menarik lagi dalam karya ini adalah apabila terdapat beberapa gerakan sambut dan buah pukulan dilakukan dalam tempo yang perlahan dan perkarang ini jarang dilihat dalam persembahan silat biasa. Sejenak menonton karya ini, aku terkenangkan Arwah yang telah tidak jemu mendidik seni silat tari kepada ku untuk hampir 4 tahun. Seketika tersentuh dan ia terlihat sebagai satu karya yang didedikasikan kepada Arwah, setelah lebih 10 tahun berkhidmat di ASK dan ASWARA, beliau tidak pernah terlibat dalam persembahan JAMU ini.
Aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua yang terlibat dalam persembahan JAMU program A. Persembahan yang sangat memuaskan dan rata-rata memperlihatkan identiti tradisi dalam penyampaiannya. Bagi aku yang mendahagakan konsert tari seperti ini, aku amat berpuas hati dengan persembahan ini, walaupun wujud kekeliruan, tetapi aku masih gembira dan bersenang hati dengan setiap persembahan yang dipamerkan.
P/s: TERIMA KASIH KEPADA ABANG HAFZAN YANG TELAH MENDOKUMENTASIKAN JAMU DALAM BENTUK GAMBAR YANG SANGAT MENARIK. SEMUA GAMBAR DALAM CATATAN INI ADALAH MILIK BELIAU.
Persembahan dimulakan dengan persembahan tari bertajuk KL CA Mix 10.09 hasil karya Wendy Rogers, penisyarah jemputan yang didatangi dari California. Wendy juga merupakan penosyarak kepada aku untuk kuliah koreografi. Jadi, aku tahu sedikit sebanyak proses penghasilan koreografi ini. Tapi, bukan ini yang aku nak share dengan pembaca setia blog aku ni(soalannya, ada ke?).

So, aku tertarik dengan karya Wendy ni sebabnya apabila dapat melihat penari-penari ASWARA (yang mengambil penghususan persembahan tari) melakukan dan memperlihatkan gerakan yang bukan menjadi kebiasaan mata aku. Aku tertarik apabila pemainan improvisasi oleh Wendy berjaya memecahkan gaya persembahan penari-penari ini. Tetapi masih wujud satu kekesalan apabila ada sebilangan penari, malangnya mereka dalam kelompok yang sama sebelum ini, 'terkongkong' dalam bentuk tatabahasa gerak yang biasa mereka lakukan sebelum ini. Memang tidak dapat disangkalkan bahawa, Umesh Shetty banyak memberi kesan dalam kemajuan teknik pelajar-pelajar Tari ASWARA. Tapi, malangnya, ada pelajar yang mengambil gerakkan untuk latihan teknik beliau dan menggunakannya sebagai satu frasa gerak untuk persembahan (been there, done that..hahahahah). Mungkin mereka perlu masa macam aku juga untuk memahami perbezaan sesebuah tarian atau latihan teknik. Anyway its such a wonderful performance to opened the show.

Persembahan selepas itu adalah Siapa? karya En Seth Hamzah. Secara keseluruhannya, aku melihat karya ini dalam kategori persembahan Etnik Kreatif FTK dan ini tak bermakna ia sesuatu yang tidak baik. Sebenarnya kalau diminta pendapat aku tentang karya ini, aku agak peribadi mengenainya. Sebenarnya, bila melihat karya ini, aku merasakan apa yang aku ingin lihat dari En Seth terlihat dalam karya ini. Aku memang ada kata berkali-kali dengan En Seth supaya beliau menari dalam persembahan JAMU dan permintaan aku telah dimakbulkan. Tapi, jika akun meletakkan diri aku sebagai seorang penonton, kelemahan utama aku mungkin pemilihan penari. Jelas pengalaman yang kurang telah menyebabkan seksyen dua dalam karya ini, penari dilihat hanya melakukan pergerakan dan tidak menarikannya. Tatabahsa yang dilakukan pula tidak dilakukan sepenuhnya. Binaan koreografi juga dapat dijangka perkembangannya.

NASI PUTIH koreografi Aris Kadir merupakan karya yang aku nanti-nantikan dalam siri program A ini. Aku pernah melihat karya ini sebelum ini di KLPAC dan versi kali ini sangat diluar jangkaan. Karya ini secara jelas memperlihatkan tentang aktiviti nasi kangkang yang menjadi budaya sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia yang tidak pupus dimakan modenisasi. Karya ini pada aku dilihat berjaya memperlihatkan kehidupan dan kebenaran yang memang wujud dalam karya tari ini. Tatabahasa gerak yang digunakan dalam karya ini jelas banyak membantu dalam penyampaian dan penceritaan karya ini. Tahniah juga diucapkan kepada penari-penari yang telah menjayakan karya ini.

Karya seterusnya adalah hasil koreografi Zamzuriah Zahari, Satu Langkah, Dua langkah, yang menceritakan tentang pengembaraan, persaingan dan milikan. Yang menarik tentang koreografi ini adalah seni reka setnya, merupakan longgokan jerami dan sebuah pondok usang yang rupanya sangat kukuh. Kebolehan penari dalam menggunakan pondok itu sangat dipuji dan ia terlihat seperti satu bentuk tari pasca moden barat/ street dance jenis JUMP yang diberi nafas tradisi. Apa yang aku boleh lihat dalam karya ini adalah gambaran tentang pengembaraan yang tidak terlepas dengan saingan dan gangguan. Jelas dalam karya ini, semua tempat yang kita berdiri adalah hanya satu persinggahan dan adakalanya kita tidak sedar yang kita berdiri ditempat orang lain, dan yang lebih menyedihkan apabila merasakan bahawa kita akan sentiasa berada diposisi dimana kita berdiri hanya dengan ugutan dan ancaman yang mampu kita lakukan. Karya ini, seperti karya Nasi Putih dan Siapa adalah antara karya tari kontemporari yang memperlihatkan identiti Melayu yang sangat mengujakan aku.

Revisited karya En Wong Kit Yaw adalah antara karya yang sedikit menarik perhatian aku. Jurang bahasa yang berlaku dalam karya ini membuatkan aku mengabai kata-kata yang terucap dalam skap bunyi yang dipilih oleh beliau. Secara fizikal, karya ini memperlihatkan pandangan lelaki terhadap wanita. Secara jelasnya, koreografer memilih semiotik dan sign yang memperlihatkan kepengodaan seorang wanita. Gerak yang minimal dalam koreogarfi ini jelas memperlihatkan liuk lentuk wanita yang sentiasa ingin mengoda dalam apa keadaan sekalipun. Penggunaan tatabahasa gerak yang literal dan memperlihatkan lengkung tubuh wanita, dalam cahaya yang suram jelas mencetus suasana yang menghairahkan. Perkara ini adalah sangat jelas dan rupanya bukan sesuatu yang ingin disampaikan dalam karya ini. Koreografernya menyatakan beliau BUKAN ingin memperlihatkan godaan dan pandangan lelaki terhadap wanita. Karya ini adalah berkenaan kesunyian. Yang menjadikan aku keliru adalah pengunaan kostum dan tatarias. Sehinggakan kuku penari dicalit dengan pewarna merah dan apa kaitannya ini dengan kesunyian. Aku masih cuba menjadi toleren tetapi maaf, aku masih tidak mendapat perkaitan ini.

Autumn, yang memperlihatkan keseronokkan dan kegirangan zaman remaja. Yang menariknya adalah dalam karya ini, personaliti penari merupakan kunci utama dalam kejayaan karya ini. Aku hanya tersenyum sepanjang pementasan karya Vincent Tan ini. Berbanding karya sebelum darinya, After Duet yang agak mendodoi tidur, karya ini menggunakan pendekatan yang sama akan tetapi penyampaian yang berbeza. Karya yang sangat ringan ini sangat menghiburkan dan jelas intuisi penyampaiannya.
Karya penutup, Depak Gentik, kolaburasi En Aziwahija dan En Nizam, menggunakan bahan silat sepenuhnya dalam pembinaannya. Pengalaman pertama kedua-duanya ini dilihat bukanlah satu kegagalan. Mereka ditugaskan untuk menggantikan Allahyarham Anuar Wahab sebagai guru Silat dan kini guru Teknik Kontemporari di ASWARA. Dalam karya ini, selain daripada improvisasi yang dilakukan oleh penari, 95% pergerakan adalah latihan Silat yang sebenar.
Secara literalnya, dapat dilihat dalam karya ini, hubungan antara guru dan murid. Terlihat juga batas dan laku yang seharusnya wujud diantara murid dan guru. Yang menarik lagi dalam karya ini adalah apabila terdapat beberapa gerakan sambut dan buah pukulan dilakukan dalam tempo yang perlahan dan perkarang ini jarang dilihat dalam persembahan silat biasa. Sejenak menonton karya ini, aku terkenangkan Arwah yang telah tidak jemu mendidik seni silat tari kepada ku untuk hampir 4 tahun. Seketika tersentuh dan ia terlihat sebagai satu karya yang didedikasikan kepada Arwah, setelah lebih 10 tahun berkhidmat di ASK dan ASWARA, beliau tidak pernah terlibat dalam persembahan JAMU ini.Aku ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua yang terlibat dalam persembahan JAMU program A. Persembahan yang sangat memuaskan dan rata-rata memperlihatkan identiti tradisi dalam penyampaiannya. Bagi aku yang mendahagakan konsert tari seperti ini, aku amat berpuas hati dengan persembahan ini, walaupun wujud kekeliruan, tetapi aku masih gembira dan bersenang hati dengan setiap persembahan yang dipamerkan.

Comments