We're Gonna Go Dancing!!!! ye ke?

Pada hari Rabu yang lalu, 19 Ogos 2009, bertempat di Panggung Eksperimen ASWARA, dengan kerja sama Japan Foundation Malaysia dan ASWARA, sebuah persembahan tari kontemporari seperti tajuk di atas telah berlangsung. Persembahan ini terdiri daripada 4 karya koreografer dari Jepun. Salah satu karya yang dipersembahkan adalah hasil daripada kerja sama salah seorang koreografer dari Jepun, Ikuyo Kuroda,melalui bengkel yang telah dijalankan selama lebih seminggu di ASWARA.

Apa yang menariknya tentang produksi ini adalah yang pertamanya adalah susun atur panggung. Mereka telah mengubah runag persembahan E T kepada satu ruang yang bukan menjadi kebiasaan di ASWARA (pada saya baru lah). Kerusi penonton tengah didekatkan kepada bahagian belakang ruang pentas dan telah sedikit sebanyak membuatkan kita lebih merasi tenaga setiap persembahan.

Persembahan pertama dimulakan dengan penari-koreografer Maki Morishta "debutant". Pada mulanya karya ini seperti memperlihatkan keingin penari itu untuk mencapai mic stand yang telah sedia ada terdapat di sebelah pentas kiri. Semakin hampir ke tempat yang diimpi, kegilaannya bertambah. dan penari menjauhkan diri semula. kemudian kembali dan berdiri. berkata, menyanyi dan terus menjadi 'gila'. Secara peribadi, yang menarik sebenarnya tatabahasa gerak yang digunakan sangat versatile. dari bentuk yang sangat tidak biasa dilihat dan persendaan gerakan yang popular dalam style modern. persembahan yang hanya memperlihatkan transformasi personaliti penari dan bertujuan untuk menghibur dan ianya sangat menghiburkan.

Karya kedua adalah karya usaha sama koreografer,Ikuyo Kuroda dan pelajar ASWARA yang terlibat dalam bengkel yang diadakan lebih seminggu di ASWARA. Karya tanpa tajuk ini bertitik tolak daripada karya beliau yang terdahulu bertajuk Last Pie yang memperlihatkan keinginan seorang penari untuk terus menari sehingga ke titisan keringat yang terakhir, walaupun sudah habis tenaga untuk menari tetapi terus menari dan inilah kepuasan untuk seseorang penari. Karya dimulakan dengan persembahan solo Fairul diikuti dengan zizi, xin ying dan vivian...kemudian frasa berulang beberapa kali dengan diiringi petikan gitar suami kepada koreografer dengan suara yang sangat keras dan rendah. tak semena mena airmata mengalir semasa menonton persembahan ini. kerana kedudukan yang sangat hampir dengan penari, mungkin tenaga yang dikeluarkan oleh penari dapat dirasa terus dan dinamik yang berbeza berlatarkan bunyi muzik yang mendatar pada pola yang sama telah membuatkan saya terfikir. sejauh manalah pejuangan seorang penari dimuka bumi ini. Selepas menonton persembahan ini, fikiran saya jauh melayang, mentafsir dan melihat kelemahan diri. sebagai penari gempal, dan perkara ini taboo kepada industri tari dimana-mana, sejauh mana saya mempunyai kekuatan untuk terus berjuang.....

rasa kerdil dan pasrah..rasa pilihan hidup ini, keinginan peribadi, keadaan fizikal sangat bercanggah dan tidak sejajar. cuba melalui assimilasi yang tidak mungkin bertimbal balik dengan realiti.......

Comments

Popular Posts