KAKI BLUE the musical..

Assalamualaikum,

saya telah pergi ke KLPac Jumaat lalu, untuk menonton satu muzikal. ianya bertajuk Kaki Blue, arahan Joe Hafsham, tulisan Mark Beau de Silva dan juga melibatkan tenaga kreatif Yusman Mokhtar(My friend) and Lakshaman Balakrishnan (oso My Friend). Setibanya saya di KLPac anggaran jam 8.20pm, kehadiran saya disambut dengan himpunan kelkatu yang menyerang KLPac pada masa itu. Yang sangat menarik adalah, terdapat sekumpulan kelakatu terperangkap di dalam ruang di mana saya perlu memungut ticket yang telah ditempah untuk saya. Pada saya, pengalaman ini sangat menarik kerana perkara seperti ini sangat-sangat jarang berlaku di Istana Budaya. Mungkin bau yang dikeluarkan oleh serangga ini kurang menyenangkan, tapi perkara sebegini bukan sesuatu yang perlu dipandang buruk. Lagipun, KLpac memang berlokasi dikawasan taman yang luas. Pada pendapat saya, barulah lengkap sifat pentas dalam taman ini.

Perkara pertama yang telah menangkap perhatian saya ketika saya melangkah masuk ke Pentas 1 adalah set bagi pementasan Kaki Blue. Setnya kelihatan sangat ringkas. Tetapi apabila saya sampai ke tempat duduk saya, F09, saya dapat membaca tulisan-tulisan (grafitti) yang sangat menarik di atas set itu. Antara yang tertulis di atasnya adalah rukun negara. Dan ada lagi perkara-perkara yang lain yang tertera yang pada saya terdapat supteks-supteks berbaur politik (yang ini hanya satu pendapat). Selepas leka melihat set, saya terpanggil untuk melihat sekeliling; kehadiran penonton sederhana baik dan dapat dilihat secara fizikalnya mereka adalah penonoton yang biasa menonton persembahan di KLPac, seperti semua sedia maklum, KLPac telah berjaya menarik minat masyarakat umum untuk mengaprisiasi seni dan telah membina satu komuniti yang tetap dan terus menyokong sebarang persembahan di KLpac.

Kemudian persembahan bermula.

Secara ringkasnya, apa yang dapat saya nyatakan tentang persembahan Kaki Blue pada malam itu adalah:

1. 5 pieces band yang mengiringi persembahan muuzikal ini berjaya memberi kesan dan membantu dalam persembahan yang lebih berjiwa remaja ini.

2. Terdapat beberapa watak kecil yang tidak dapat dilihat kepentingannya atau mungkin atas sebab kekangan masa menyebabkan watak-watak ini tidak dikembangkan.

3. 3 watak utama yang pada pendapat saya sangat sesuai disandang, cuma watak lelaki lembut dilihat sebagai bahan lawak, sedikit menjengkelkan saya. Akan tetapi nyanyian olehnya sangat baik dan jelas.

4. Terdapat watak-watak kecil yang mempunyai masalah sebutan. Perkara ini jelas dari artikulasi mereka.

5. Koreografinya sedikit repeatative tetapi pada pendapat saya berkesan dan berjaya menggunakan kemampuan setiap ensembel secara maksimum.

6. Set yang sangat praktikal.

Ada satu bahagian persembahan ini yang sedikit mengganggu saya. Cara muzikal ini tamat, sedikit pelik. Pada malam itu, saya merasakan penghabisannya agak tergantung dan mungkin kerana dinamik yang cuba dilakukan pada scene akhir itu sedikit draggy. Sebenarnya penamat cerita Kaki Blue ini adalah sesuatu yang sangat-sangat menghampakan saya sebagai penonton. Kerana pada saya Kaki Blue adalah satu persembahan yang sangat menarik.

Dari 5 bintang, saya beri 3 setengah.

P/S: Banyak subteks yang kedengaran dalam karya ini. Semuanya seolah tidak menyokong Program Khidmat Negara ini. Tetapi mungkin ini hanya interpertasi peribadi saya sahaja...kan kan kan.....

Comments

Popular Posts