Kenapa orang lain tak nak dengar apa yang anda cakap?

Assalamualaikum.

Lama nau nau tak pos entri kat sini. Selain dari sibuk mencari rezeki, aku sekarang dalam program menurunkan berat badan. Lalu leka dan terlupa untuk menulis.

Walaupun begitu, aku masih berkesempatan menonton beberapa persembahan dan pemikiran aku semakin tumpul sejak kurang menulis kritikan. Mungkin lepas ni aku akan Vlog pula. Lebih mudah. Aku record kritikan aku dalam bentuk video. Tapi... muka dan suara aku tak mesra video.. hehehheheh. Hurmm...

Dalam kesibukan aku ni, aku masih dapat meluangkan masa menjawab beberapa pertanyaan rakan yang ingin tahu pandangan aku tentang beberapa perkara. Perkara yang menarik perhatian aku apabila ada rakan tari yang ingin tahu apa pendapat aku tentang perkembangan bidang kritikan tari di Malaysia yang tidak pesat.

Banyak perkara menyumbang kepada perkara ini. Tapi dalam diskusi aku bersama rakan tari aku dalam nyatakan beberapa perkara. Perkara ini hanya pendapat aku. Aku bukan pemegang Ijazah Sarjana, PHD atau Prof. Tapi mungkin organ dalam tempurung kepala aku pun boleh bekerja gak sekali sekala tanpa perlu ada pengiktirafan kot. :)

1.Pemahaman/sensitiviti penulis/penulisan dan kaitannya dengan karya/persembahan tari.

Penulis harus menyediakan diri dengan ilmu juga sensitif dengan perkembangan semasa khususnya jika beliau ingin mengkritik tentang karya tari yang punya latar masa. Kegagalan menggarap segala informasi kontekstual dalam penulisan boleh menyebabkan penulisan itu hanya menjadi tulisan yang retorik. Secara tidak langsung ianya menjadi jurnal penulis dan membiarkan pembaca kritikan tidak mendapat sebarang informasi tentang persembahan tari yang dikritik. Perkara ini sekaligus menyumbang kepada kurang minat dalam bidang penulisan kritikan ini.

Penulis/penulisan yang kurang sensitif juga menyebabkan penulisan dilihat sebagai sesuatu yang kurang membantu menyumbang kepada pembangunan bidang penulisan tari.

2. Bahasa dan istilah.

Untuk menarik minat pembaca, bahasa dan istilah yang digunakan dalam kritikan haruslah mudah difahami terlebih dahulu. Tugas penulis dalam menggambarkan sesebuah persembahan tari bukan sahaja menyatakan keindahan tari itu dalam lingua tari semata. Penulis harus berusaha menulis bagi menarik minat mereka yang tidak biasa dengan sesebuah persembahan tari untuk memahami persembahan yang dikritik.

3. Autoriti penulis.

Seorang penulis kritikan tari seharusnya seorang yang praktis kesenian tari ini. Perkara ini akan memberi penulis autoriti bahawa penulisannya adalah sesuatu yang dapat diterima oleh pengiat tari khususnya dan masyarakat awam amnya.

Kekurangan peluang dan ruang yang diberikan keatas penulis tari juga menyebabkan penulis tidak mendapat autoriti untuk terus memperhalusi bidang kritikan tari.

4. Kekangan idea dalam persembahan tari.

Perkara ini banyak menyumbang kepada minat penulis dalam mengkritik sesebuah persembahan. Penulis harus mendedahkan diri dalam kepelbagaian bentuk persembahan tari bagi mengasah ketajaman minda dalam mengkritik tari. Akan tetapi sekiranya dalam sesuatu takat masa, jika karya tari yang boleh ditonton oleh pengkritik memperlihatkan isu atau tatabahasa gerak yang seakan sama, penulis secara beransur ansur akan mula hilang minat untuk terus menulis.

P/S: Pengkritik harus mampu melihat sesuatu persembahan dari pelbagai perspektif. INGAT! SESUATU YANG BARU PADA ANDA TAK SEMESTINYA IANYA PERTAMA KALI DIPERSEMBAHKAN. IDEA ADALAH SESUATU YANG JUJUR DAN SUCI, PERLAKSANAAN ADALAH EGO PENCIPTA. :)

Comments

Popular Posts