Procrastination.. That's Why.. hehehee

Assalamualaikum

Woooo.. Lama gila rasanya aku tak berblog. Sebab utamanya klise, SIBUK. Memang sejak pertengahan tahun ini sehingga la hari ini, aku sangat sibuk dengan kerja. Dari persiapan untuk persembahan kecil, sehinggalah ke persembahan semega P Ramlee the Musical di Kuching Sarawak.

Banyak yang aku lalui sepanjang jangka masa ini. Pengalaman makin banyak, ilmu banyak ditangguk dan macam macam lagik. Pendek kata, perjalanan hidup aku dalam 2013 ini dinamiknya pelbagai. Sampai ke tahap aku berada dalam kemurungan beberapa ketika sepanjang tahun ini.

Apa yang menarik tentang fasa terakhir 2013, aku kembali meminati hobi membela ikan. Sebenarnya hobi ini yang banyak membantu memberi ketenangan seterusnya membuatkan aku lebih sabar dalam setiap tindakan. Mungkin sebab setiap tangki yang aku ada (4 semuanya) aku juga menanam tumbuhan akuatik bewarna hijau. Setiap kali aku memandang setiap tangki aku, aku akan mula merasa tenang.

Selain dari itu, aku memang sibuk dengan kerja kerja event, koreografi tari dan kini Makeup pulak. Sibuk tapi happy. Jarang aku stress sebab kerja. Aku selalunya stress dengan individu yang kekadang aku jumpa semasa kerja (yang sesama kerja dan manusia yang ada di tempat kerja).

Minta maaf la aku dah lama tak pos informasi tentang persembahan pentas. Insyaallah, kalau ada apa2 persembahan yang wajar aku war warkan, aku akan mula pos kritikan aku ya. And aku dah lama tak membaca, itu antara salah satu sebabnya takde sebarang pos yang berinfomasi. heheheh

Take care semua.

Salam Sejahtera.

Comments

Popular Posts