Quirkyalone !!!! (Part 2)
Assalamualaikum.
Dulu mungkin aku tak peduli sangat. Tapi sekarang aku mula curiga. Aku ni memang tak pabdai memilih kawan. Kebanyakkan kawan yang aku suka dampingi, majoriti merapati aku sebab mereka perlukan sesuatu dari aku. Ada yang aku abaikan adalah kawan yang baik. Aku hanya dapat membezakan perkara ini hanya dipertengahan atau diakhir episod persahabatan itu.
Aku cuba untuk tidak memberi keutamaan atau kepentingan istimewa kepada semua rakan2 aku. Akan tetapi sampai satu masa, aku akan leka, aku akan berikan keistimewaan ini kepada orang yang salah. Dan balasan dari pemberian ini adalah penghinaan ke atas diri aku yang berterus terusan.
Aku rasa inilah pembalasan yang aku wajar terima atas kealpaan akh sebelum ini. Syukur aku punya kekuatan untuk lalui semua ini. Aku bersimpati dengan teman yang berbuat demikian ke atas aku kerana ternyata, mereka akan lalui oleh dugaan yang sama dalam hidup mereka.
P/S: done with this issue...
Comments