Take Off.. Mari berlepas bersama Aku.. (ke??)
Assalamualaikum,
Mungkin ramai yang menantikan pandangan aku tentang persembahan ini (PERASAN BETUL AKU NI.. anyway jangan lupa ke page saya KLIK SINI dan klik LIKE hahahahah). Sebelum itu, aku ingin nyatakan sesuatu di sini. Aku tidak akan memohon maaf terhadap apa yang aku poskan di blog aku yang tak seberapa ini. Kerana pengalaman yang aku lalui mungkin tak sama dengan orang lain. Jadi penerimaan setiap individu yang membaca setiap pos aku adalah berbeza dan aku tak boleh nak senangkan hati semua orang (YES, I'M REFERRING THIS TO YOU). OK! Kat mana kita tadi? Oh Take Off! oleh ASWARA DANCE COMPANY.
Sebelum aku terus membebel tentang produk Syarikat Tari ini, korang boleh lawat blog mereka dan mengenal mereka dengan lebih rapat klik sini -----> A.D.C. Secara ringkasnya, mereka ini semua graduan ASWARA Fakulti Tari yang memilih untuk menjadi penari berkontrak sepenuh masa; literally berkarya, berlatih dan bekerja di ASWARA. They are professional dancers and choreographers. Yang lainya dengan aku, aku lebih liar dalam kerja-kerja yang aku lakukan; mereka lebih fokus dengan objektif dan visi syarikat yang berpusat di ASWARA (antaranya mengangkat tari sebagai salah satu cabang kerja pilihan di Malaysia).
Take Off merupakan salah satu persembahan tari kontemporari tempatan yang sedikit sebanyak berperanan untuk memperkenalkan medium ini kepada masyarakat umum (Selain Jamu, Gelombang Baru, Stepping Out). Aku sokong usaha mereka dalam memartabatkan bentuk kesenian ini sebab aku antara graduan ASWARA yang tidak bekerja di ASWARA tetapi masih memilih bentuk ini sebagai satu medium untuk aku berekspresi walaupun kekurangan peluang, ruang dan prasarana (Alhamdulillah, aku masih bertahan). Penerangan oleh dekan Fakulti Tari ASWARA Dr Joseph Gonzales, adalah pendekatan yang baik bagi memperkenalkan bentuk ini kepada umum. Dari penerangan ini, penonton yang hadir pada malam persembahan sedikit sebanyak diberikan gambaran apa yang bakal mereka hadapi sepanjang malam itu. Persembahan lebih relatif dengan penonton sekiranya penonton memahami bahasa Inggeris. Kesan dari tindakan ini, dapat aku rasakan keterlibatan setiap penonton dalam setiap karya yang dipersembahkan.
Persembahan bermula dengan karya oleh Hanafi Rosdi, The Lady. Kesan Visual yang disusur galurkan presentasi tari yang literal dan minimal seolah sebagai membuka selera untuk penonton yang mahu memilih medium ini sebagai alternatif kepada wayang dan konsert muzik. Bentuk ini dilaksanakan dengan bijak dalam beberapa bahagian dalam persembahan ini, walaupun penceritaannya sebenarnya agak ringkas. Seterusnya dalam bebelan aku mungkin tidak mengikut susunan persembahan yang asal. Sebabnya otak aku pun tak perfect nak ingat semuakan. Yang aku akan share disini hanya apa yang bebetul memberi kesan kepada AKU. YA AKU! (PAHAM TAK?)
SATU oleh Naim Syahrazad adalah sebuah karya yang mengambil pemikiran yang ringkas akan tetapi menimbulkan pelbagai persoalan yang menjana pemikiran penonton. Menggunakan tema kepercayaan projeksi ketulusan yang cuba disingkap dari perspektif agama Islam membuatkan aku terfikir beberapa perkara:
1. Aurat bukan elemen penting dalam koreografi beliau yang pada MATA aku , terlihat beberapa Tanda yang jelas signifikasi kepada norma dan nilai Islam.
2. Patriaki dalam Islam; 3 Penari Lelaki dan Seorang Penari Wanita.
3. Fleksibiliti dalam Islam mudah difahami dan dipegang dalam apa keadaan; penggunaan 4 bangku panjang selain membantu dalam perlaksanaan gerak yang pelbagai.
Karya ini berjaya membuatkan otak aku yang dah makin lembab ini bekerja keras. Usaha beliau jelas berjaya menerbitkan sebuah pemikiran yang dilihat berpotensi.
Jin Zhu Long oleh Fione adalah karya yang mendapat tempat dihati dan dibenak aku pada malam itu. Ianya seperti Nasi Putih oleh Aris Kadir dari interpertasi entik yang berbeza. Tatabahasa gerak yang memberi perlambangan kepada bentuk-bentuk tari tradisi Cina Malaysia berjaya disatukan dengan beberapa rutin tari moden menjadikan karya ini merupakan hiburan yang menyentuh hati.
Gerakan yang tidak logikal oleh badan jelas sekali identiti Marul Huda. Tema dan naratif oleh beliau dalam Untold memperlihatkan diri beliau sebagai insan yang mengekspresikan gerak menggunakan sepenuhnya intrumen tari; badan. Semasa karya ini dipentaskan, disini aku sedar beberapa motif gerak menjadi kegemaran semua koreografer dan motif ini berulangan dalam semua koreografi kecuali dalam Jin Zhu Long dan Ratna. Dalam karya ini, penari perlu lebih fokus dan faham peranan mereka dalam karya ini. Ini kerana beberapa frasa gerak dalam karya ini kurang berjaya dilaksanakan seperti mana yang dikehendaki oleh koreografer. Perkara ini jelas apabila koreografernya juga merupakan salah seorang penari dalam karya ini.
Kali ini TWO berjaya meyakinkan aku bahawa karya ini adalah karya yang baik. Berbanding presentasi TWO sebelum ini, pada hari Jumaat 29 Mac 2013 TWO berjaya dipentaskan dengan baik. Aku masih sangsi dengan hubungkait 90% rutin dengan penceritaan karya ini:
Synopsis: One journey of Love.. that becomes one or two...
Karya yang bermula dengan retorika egois penari kontemporari Malaysia dan seterusnya dipecahkan dengan realiti perjalanan tari 3 penari, This is us... merupakan karya yang pada asalnya mendapat tempat dihati aku, nyaris menendang Jin Zhu Long ke tangga kedua dihati aku. Walaupun begitu, aku rasa aku dapat membaca arah karya yang disampaikan dalam bentuk bersahaja ini (Nak tau, tanya AKU ek Xin Ying, Kerry and Zizie).
(Rehat 10 minit)
Terdapat dua karya dalam pementasan yang berinspirasi dari Binatang; Cicaks oleh Chai Vivian dan A Day As... oleh Sufi Asyraf. Ini kali kedua aku menonton karya Cicak dan malangnya olahan yang dibuat dalam versi kali ini tidak mendapat tempat di hati aku. Terlalu banyak elemen dan medium yang cuba diaplikasikan dalam pementasan kali ini akan tetapi segala penambahan ini gagal memberi impak kepada aku sebagai penonton. Walaupun begitu, dari aspek komposisi dan koreografi, karya ini berjaya mempamirkan beberapa frasa dan komposisi menarik yang jelas memperlihatkan usaha koreografi mengkaji dan meneliti subjek karya. Sinopsis karya ini pada pendapat aku hanyalah susunan ayat yang agak berfalsafah yang menterjemah ego seorang manusia terhadap cicak.
A Day As... kelihatan seperti sebuah komposisi yang agak amatur berbanding karya karya lain yang dipentaskan dalam Take Off ini (Sorry Sufi Asyraf. Tapi it's just MY opinion). Mungkin kerana penggunaan prop bola gym ini telah aku lihat sebelum ini dalam karya Atlas oleh Akmal Ayob. Dalam Atlas, bola ini merupakan pewakilan kepada bumi dan ianya mendukung karya tersebut. Dalam A Day As.. selain sebagai mekanisme yang membantu memvisualkan lompatan dan gelembung dagu seekor katak, ia hanya melakukan ulangan berberapa frasa gerak dalam sebuah ruang. Mungkin karya ini akan lebih berjaya sekiranya pemerhatian lebih jitu terhadap pergerakan fizikal katak dibuat dengan lebih terperinci. Interpertasi kisah Dongeng The Frog Prince jika dilihat dari aspek meta naratifnya mungkin kemungkinan untuk merangka karya ini akan lebih menarik.
Penari wanita dalam karya yang melambangkan keteguhan dan kelembutan wajar diperlihatkan sedemikian. Aku gagal melihat kelembutan dan kecantikan seorang wanita dalam karya Azmi Zannal Abden Ratna. Memang karya ini memperlihatkan ketangkasan dan kegagahan kesan dari dekonstruksi bentuk silat. Akan tetapi kesan romantis gagal diterbitkan dimata aku kerana ia lebih kepada pertaruhan ego sebagai lelaki antara dua penari. Lagu yang mengiringi persembahan ini seolah ingin memperjelaskan (atau menjustifikasi) naratif karya. Terdapat beberapa frasa dan motif gerak dalam karya ini memperlihat kefahaman koreografer juga penari terhadap bentuk silat. Ini sangat membantu dalam perlaksanaan setiap gerak yang bukan saya merendah, juga teguh di dalam karya ini.
Bahayanya apabila seorang koreografer mengambil demografik sesebuah komuniti yang juga menjadi subject matter pembuat filem tempatan sejak 2010-2012; gangsterisme. Bermula dengan perlambangan literal, Pailang Fauzi Amirudin telah membuatkan aku keliru. Ia bermula dengan senario seorang lelaki yang ingin memasuki kawasan jajahan dua lelaki yang sedang memimik aksi menendang sesuatu dilantai (saya lihat seolah mereka menendang seseorang yang sedang baring). Selepas seksyen itu, mereka mula melakukan frasa-frasa tari moden yang balletik diiringi lagu yang biasanya menjadi ambient kepada filem pornografi. Secara visualnya 3 lelaki melakukan routine balletik ini mempamerkan kemampuan mereka lompat dengan ringan dan pemanjangan kaki dan tangan mereka yang jelas memperlihatkan estetika ballet klasik melalui frasa gerak moden dalam karya ini. Aku tak tahu apa pendapat orang lain. Tapi pada aku ini sangat berpincangan dengan Tajuk karya dan perlaksanaannya dalam menceritakan tentang gangsterisme. Mungkin aku kurang terbuka dan mempunyai tanggapan bahawa apa yang dikatakan Pailang itu, pada aku adalah keganasan, kekuasaan dengan cara kasar dan yang sewaktu dengannya. Selain dari permulaan karya dan pengakhiran karya, semua elemen dalam karya ini memperlihatkan elevation dan extension yang pada aku tidak releven dengan perkataan Pailang. Bila melihat sinopsisnya pula, penceritaan karya ini terus terprokjeksi berbeza dalam pemikiran aku.
Utopia merupakan karya yang mempunyai kebolehan untuk penonton meletak sebarang bentuk interpertasi dan justifikasi. Karya yang disusun dengan bijak ini memperlihat pelbagai kemungkinan oleh kerana didalamnya dapat kita lihat kesunyian, sendirian, kesatuan, kekecohan, penindasan dan impian; antara elemen yang menjadi pilihan dalam penulisan dan penceritaan dalam pelbagai bentuk seni dan seni persembahan. Tatabahasa gerak yang menarik dan kekemasan perlaksaanan setiap satu wajar dipuji.
Dah, itu je yang aku boleh kongsi tentang pendapat aku tentang show Take Off ni. Usaha yang murni oleh ADC untuk memartabatkan seni tari kontemporari ini wajar dipuji. Akan tetapi apa yang mungkin boleh diperbaiki adalah pemilihan karya yang ingin dipentaskan. Bila kebanyakan karya menggunakan beberapa motif yang sama dalam beberapa frasa gerak mereka (walaupun sekali dalam setiap karya; pergerakan menggunakan sebelah tangan mengusap kebelakang kepala), ia jelas memperlihatkan limitasi dalam eksplorasi gerak oleh setiap koreografer. Analogi yang boleh aku bandingkan disini adalah nescafe dan kepelbagaian yang dapat dimanipulasi dengan hanya menggunakan serbuk nescafe ini. Nothing wrong with this issue. Hanya aku rasa setiap prasarana yang mereka ada seharusnya digunakan dengan sepenuh jiwa oleh kerana peluang dan ruang seperti ini tidak dapat dinikmati oleh aku kini.
P/S: Aku hanya seorang graduan Ijazah Sarjana Muda (Koreografi) ASWARA. Tak perlu merasakan penulisan aku ini satu ANCAMAN kepada anda. Ini hanya pendapat aku sahaja, juga latihan untuk mengasah minda dalam menganalisa presentasi tari khususnya, seni persembahan umumnya.

Comments