Just curious.. ke?

Assalamualaikum.
Memang asalnya blog ni aku terbitkan atas dasar ingin belajar dan pembelajaran. Selain dari itu, aku juga suka nak kongsi pengetahuan yang aku ada dengan orang yang sudi membaca dan yang merasa ianya info berguna untuk mereka. Tapi, bila aku baca balik setiap kandungan dalam pos pos aku yang lalu, kontemporarike.blogspot.com ini adalah ruang cetusan rasa.

2 minggu lalu adalah minggu dimana aku banyak menghabiskan masa dengan menjamu jiwa aku. Dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah swt, aku berpeluang menonton 3 persembahan tari iaitu, S+S, Jamu 2012 dan Inspitari 2012. Dalam setiap persembahan yang aku hadiri, timbul persoalan dalam beberapa perkara:

1. Bagaimana tari diperdagangkan di lapangan yang berbeza.
2. Tanggungjawab penari pada masa kini.
3. Interpretasi dan Aprisiasi tari dalam kelompok yang berbeza.
4. Bagaimana devian tari dapat terus hidup sebagai penari di Malaysia.

Dari semua persembahan, aku lihat bagaimana tari diperdagangkan. Ada yang menggunakan tema persembahan (macam KIV3), tahap/taraf persembahan, nama kumpulan (walaupun...) dan ada juga menggunakan status dan kedudukan. Tiada salah semua eksploitasi yang aku nyatakan di atas, sekiranya perlaksanaannya seraya dengan pemuliharaan dan perkembangan tari tempatan.

Penari penjawat awam yang mula membuatkan aku berfikir tentang tanggungjawab penari. Berat juga bebanan yang dipikul mereka untuk terus melestarikan seni persembahan ini. Walaupun begitu, masih wujud saingan dikalangan penjawat awam dari negeri berbeza. Yang merisaukan sedikit, projeksi persaingan kelihatan lebih kepada memperlihatkan kemewahan setiap kumpulan (physically). Persembahan ini sekaligus mendatangkan rasa risau tentang hala tuju revival tari di Malaysia oleh bada awam.

Menarik tapi merisaukan adalah pandangan pelaku dan aktivis tari tentang apa itu tari kontemporari Malaysia. Aku punya pandangan aku sendiri dan ini bukan sesuatu yang patut disogok kepada masyarakat. Pada pendapat aku, penari tempatan (dan aku) harus mula menerapkan komponen tempatan dalam presentasi tari ini. Bukan hanya dari aspek fizikal, penerapan estetika dan norma tempatan perlu lebih banyak diperlihatkan dalam presentasi tari kontemporari. Tapi ini tidak bermakna kita tidak perlu menjadi kompleks dalam prensentasi genre ini. Keseimbangan nilai seni dan nilai masyarakat juga world view terhadap genre tari kontemporari tempatan harus diterokai tanpa rasa ego.

Akhir kata. Kecelaruan dan kekeliruan aku terhadap perkembangan tari tempatan sama seperti pos ini; aku mengarut dan tak rangka apa yang aku nak tulis hari ini.

Comments

Popular Posts