TAHU, TIDAK TAHU ATAU TIDAK MAHU AMBIL TAHU..
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Sebenarnya post hari ini mungkin kelihatan seperti aku seorang yang defensif. Sebagai 'artist', sekiranya kita terus puas dengan hasil kerja kita, disitulah titik persaraan. Adakah apa yang aku rasakan pada hari itu terkesan hingga ke hari ini adalah sesuatu yang positif atau negatif; pada aku ia negatif.
Semua guru ada berkongsi pepatah ini masa mengajar Bahasa Melayu di sekolah dulu; "malu bertanya sesat jalan". Bagaimana kalau perkara ini masih berlaku dalam dunia yang kononnya professional - sesat jalan. Perkara semudah tempo, ritma dan keserasian visual dan audio adalah perkara yang sangat asas dilihat lalai mencapai ketepatannya. Rujukan untuk perkara ini telah wujud seawal era Allahyarham Tan Sri P.Ramlee berkarya dan perkara ini masih berlaku. Bagaimana perkara seperti ini masih boleh 'dibenarkan' terjadi. Kalau kita semua tonton, lagu 'Bunga Anggerik' dalam Bawang Merah Bawang Putih, 'Ketipang Payung' dalam Nujum Pak Belalang, 'Tari Tualang Tiga' dalam Semerah Padi, ia memperlihatkan keserasian antara beberapa kolaborasi medium seni; muzik, tari, lakon dan filem. Ketepatan tari dan muzik pada tempo dan ritma yang sama memperlihatkan muzikaliti persembahan setiap lagu dalam sebuah filem. Tetapi perkara ini tidak berlaku dalam beberapa lagu dalam sebuah filem yang diterbitkan pada zaman millenium.
Kesal sahaja mampu diungkapkan sebab kuasa untuk menghalang perkara ini dari berlaku bukan ditangan aku. Mungkin aku masih anak kecil dalam dunia filem dan sebarang tindakan aku seolah sebutir pasir di pantai. Ya lah, bak kata seorang penyambut tetamu, "yang boleh tunggu di dalam hanyalah VIP untuk filem ini". Mungkin status koreografer masih terlalu rendah di mata masyarakat tempatan Malaysia. Seperti yang aku katakan tadi, post aku yang ini mungkin berbunyi sangat defensif dan aku dahului dengan ampun dan maaf kalau ia menyinggung perasaan sesiapa. Semua ini hanya pandangan sepasang mata sahaja. :)
P/S: "Kalau Bagus, tidak bermakna Sesuai. Kalau Sesuai, tidak bermakna Berilmu. Kalau Berilmu, tidak semestinya Bagus"- Fairuz Fee Tauhid, 16 Mei 2012, #Tweetgram

Comments