Kesal...... Kecewa........


Assalamualaikum

Belum sejuk lampu spot light the The Actors Studio, pelbagai kata dan tomah telah aku dengar. Tapi kata-kata yang aku dengar semuanya adalah khabar angin. Sejauh mana kebenarannya aku sendiri sangsi. Walaupun begitu, sumber yang aku terima adalah sumber yang aku boleh percayai. Tak pe lah. Apapun aku nak kongsi juga apa yang aku dengar disini. Sebab dan kerananya adalah rasa kecewa dan kesal dalam diri ini seolah luka yang tidak terubat selagi aku tak menulis diruang luahan peribadi aku ini (Walaupun ramai orang boleh baca luahan aku ni hehehehe).

Menariknya hidup dizaman yang sangat banyak sumber alternatif, sejak kehadiran internet, jalur lebar dan smartphone, aku sebenarnya lebih senang dan tenang. Ini kerana setiap apa yang aku rasa dalam hati dapat terus aku luahkan di facebook, twitter dan blog aku ni. Secara tidak langsung, tekanan semakin berkurangan dan alhamdulillah gaya hidup aku pun semakin tenang.

Aku sangat terkejut bila pertama kali mendengar tuduhan ini dan ianya datang dari seseorang yang aku anggap guru sebelum ini. Walaupun beliau tidak lagi mengajar aku sekarang, sebelum ini hormat ku terhadap beliau masih sama. Yang menjadi kesal apabila, tuduhan yang dibuat ke atas diri aku dan rakan-rakan tidak menimbulkan rasa marah. Aku hanya sedih dan hampa. Setahu aku, beliau tidak mungkin akan bertindak sedemikian. Tindakan beliau seakan-akan sangat marah seorah-olah aku dan rakan-rakan telah merampas kebahagiaan hidup beliau. Aku seketika termenung di spaggeti farm ketika cerita ini dikongsi kan kepada aku oleh seorang informan. Aku hanya mampu tersenyum hampa ketika itu.

Aku dikatakan ‘KEKWAT’ ‘MALAS’ dan “TIDAK AKAN BERJAYA DALAM HIDUP’. Hebat bukan seorang bekas guru yang dianggap mulia melontarkan tuduhan ini kepada aku dan kawan-kawan aku. Kata informan, kata-kata ini semua dikatakan apabila beliau mendengar pelajar-pelajar tahun satu beliau menyatakan persembahan K.I.V2 adalah sebuah persembahan yang TERUK dan MEMALUKAN. Sebenarnya aku tak terkejut kalau pelajar tahun satu tidak dapat membaca meta dan menganalisa gerak tari. Yang aku kesalkan adalah sebagai seorang guru yang TIDAK MENONTON persembahan ini, seharusnya tidak terus melatah dan menghina. Yang menyedihkan lagi apabila segala caci hamun ini cuba dikaitkan dengan kebencian aku terhadap Wong Kit Yaw. Katanya, disebabkan aku terlalu membenci Kit Yaw ini, tanpa restunya aku tidak berjaya (Technically, Wong Kit Yaw TIDAK PERNAH MENGAJAR AKU SEPANJANG 6 TAHUN AKU MENUNTUT DULU).

Aku tak nampak apa kaitan KEKWAT MALAS DAN TIDAK AKAN BERJAYA DALAM HIDUP ada kaitan dengan persembahan K.I.V 2 kami. Apa yang aku cuba lakukan menerusi K.I.V adalah untuk menjadi penari bebas yang tidak bernaung pada mana-mana badan yang tiada kaitan dengan tari dan seraya itu masih terus bekarya. Seingat aku, beliau pernah mengajukan soalan ini kepada aku dan rakan sekelas: “tidakkah kamu ingin menjadi artis tari bebas atau independent artist?” Dan setahu aku, ini yang aku dan rakan-rakan cuba lakukan. Aku tidak pernah kembali ke tempat belajar aku untuk meminta bantuan pekerjaan atau meminta ruang latihan percuma atau apa sahaja yang berkaitan dengan ini. Sebaliknya aku dikatakan sombong.

Entah la. Tapi guru juga manusia biasa. Punya emosi dan nafsu. Kalau benar lah apa yang diceritakan oleh informan aku tu, aku redha. Aku kesal sebab aku lihat dirinya sebagai orang yang terpelajar dan aku pernah mengidolai beliau. Sehingga kini, perjuangan aku sebagai independent artist tidak lain untuk menerbitkan rasa bangga dalam diri seorang guru. Malangnya tidak. Takpe lah. Kalau aku takde restu guru, aku masih lagi boleh pohon restu ibubapa dan keluarga aku. Allah Maha Mengetahui.

p/s: yang lucunya, sesuatu yang kononnya low class dan bertaraf rendah satu masa dulu, digalakkan. Kenapa pun aku tak tahu.

“To see a meta behind a dance, viewer must opened up their mind and stop holding on to the creator past.”- Hartif Unqudieta

Images: kaneva.com, vicnguyen.glogster.com, yoyoanna.blogspot.com

Comments

Popular Posts