Hidup dan Kehidupan.

Assalamualaikum,

Aku tahu ada beberapa orang yang berkunjung ke blog aku bertanyakan, 'blog ni hidup lagi ke tak'. Sebenarnya memang dah lama aku tak menulis. Sebabnya aku sangat sibuk menempuh kehidupan, mencari rezeki dan nafkah. Bila dah terlalu sibuk untuk terus hidup, banyak perkara yang mungkin kurang perlu perhatian aku abaikan, macam blog ni.

Sepanjang aku tidak menulis, dalam tahun ini, aku telah menimba banyak ilmu yang aku kutip disepanjang perjalanan aku. Tahun ini sahaja aku terlibat dengan 3 produksi TV dan satu produksi filem. Ini semua sangat baru bagi aku dan aku bersyukur pada Allah sebab aku telah diberi peluang untuk menimba ilmu sambil menyediakan perkhidmatan kepada pihak produksi.

Dalam kesibukan ini, aku juga berpeluang melihat gaya kerja produksi-produksi yang berbeza. Walaupun begitu, aku sangat berbesar hati dapat bekerja dengan pengarah terkenal Saw Teong Hin (Pengarah Puteri Gunung Ledang. Ketika bekerja dengan beliau dalam sebuah filem muzikal yang bakal ditanyangkan (insyaalah) tahun depan, aku banyak mempelajari beberapa perkara yang belaku dalam rakaman di lokasi untuk produksi filem.

Dari pengalaman produksi filem, Isma Yusof memberi aku peluang untuk menjadi pelakon juga koreografer dalam sebuah produksi drama muzikal. Selepas dari itu, aku bekerja bersama Shamyl Othman untuk MV Generasi Ku untuk siri Waktu Rehat.


Banyak lagi lah perkara yang aku lalui yang telah mendidik aku tentang beberapa perkara antaranya:

1. Kerja yang terancang akan membantu dalam produksi Filem dan TV
2. Production Manager haruslah seorang yang professional. Bukan orang yang suka meleweh dan merepek perkara yang tidak penting dan tidak produktif.
3. Wang bukan segalanya dalam produksi TV. Yang penting adalah komitmen. Walaupun begitu, wang menjadi penting apabila kehendak fisiologi setiap talent dan setiap orang dalam produksi tidak dipenuhi.
4. Perjalanan kerja dalam sesebuah produksi itu memang akan memakan masa yang panjang. oleh yang demikian, setiap individu yang terlibat haruslah tahu tentang diskripsi kerja mereka. Dan setiap individu perlu cari cara untuk menghiburkan diri.

Ada banyak lagi perkara yang aku belajar. Tapi pada pendapat aku, pengajian tidak pernah terhenti sekiranya kita nak terus maju.

Akhir kata: JANGAN MELAYU MUDAH LUPA

p/s: Aku bukan kata aku perfect, tapi aku paling tak suka orang yang tak tahu kerja mereka. ITU SAHAJA.

Comments

Popular Posts