Lama Rindu Terubat Terpana

Assalamualaikum...

Lama gila aku tak mengemas kini blog aku ni. Sampai dah bersawang selirat. Semua ni sebab sejak Terima Kasih Cinta, aku banyak melibatkan diri dalam beberapa tugasan (alhamdulillah, rezeki). Dan juga sejak aku ada kawan baik ni, aku kerap sangan meraba dan menyentuhnya dan lalai akan kewujudan blog aku ni (hehehehe). Jadi, nak mula dari mana agaknya ye.

Sabtu lalu aku akhirnya berjaya meluangkan masa menonton persembahan teater TyIcKoUnS di Panggung DBP. Setelah sekian lama tidak menonton persembahan teater, persembahan ini sebenarnya telah menjamu jiwa aku yang sudah lama kelaparan persembahan pentas. Kisah yang dipaparkan dalam persembahan ini sangat sinikel dan lesson yang aku dapat dari menonton persembahan ini adalah 'Ilmu adalah senjata hidup'. Perasaan rindu untuk melihat Amerul, Bob dan Nam ron berlakon juga terubat. Projeksi vocal yang mantap dari hampir semua pelakon di atas pentas membuatkan aku tidak terlepas sebaang perucapan yang membawa kepada penceritaan. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam produksi ini.

Keesokkan harinya, aku ke ASWARA untuk menonton Penilaian Tahun Akhir pelajar-pelajar Diploma Tari. Kalau aku menlihat setiap individu, penngkatan dapatdilihat pada hampir semua pelajar. Walaupun begitu, sebagai sebuah persembahan, persembahan pada malam itu seolah tidak kemas dan kelihatan seperti kurang latihan. Oleh kerana aku duduk pada aras pentas, aku dapat melihat dengan sangat jelas keliaran mata, kegugupan penari dalam melakukan pergerakan, dan banyak lagi. Persembahan bermula dengan persembahan Tillana, iaitu sebuah tari yang membina repertoire tari klasik Bharatanatyam. Dalam persembahan pertama ini sahaja, gaya yang dipresentasikan setiap penari sangat berbeza. Gesture tangan dan posisi tari dari aspek teknikal dilihat tidak dititik beratkan. Mereka seolah tidak menari bersama-sama. Perkara ini berterusan dalam setiap tari dalam bahagian tradisional pada malam itu. Adakah mungkin setiap pelajar bersunguh-sungguh untuk memastikan diri mereka dikenali dalam setiap tarian? Aku sendiri tiada jawapan untuk soalan aku.

Bahagian kedua iaitu tari kontemporari, pada pendapat aku lebih menarik. Presentasi oleh Topek dan Mamad berjaya. Kedua-dua karya ini telah berjaya membuakan aku rindu untuk berkoreografi. Ini kerana aku seolah gagal membaca kedua-kedua koreografi ini. Jelaslah, aku memang sudah lama tidak menonton persembaha tari pentas. Kedua-dua karya ini telah berjaya membuatkan aku lebih kritikal secara serta merta. Allarippu oleh Umesh Shetty sekali lagi menjadi piliham oleh fakulti bagi pelajar-pelajar yang dinilai sebagai penari. Kali terakhir karya ini menjadi karya sebagai penilaian tahun akhir adalah pada tahun 2006. Perbezaan yang paling ketara dalam presentasi kali ini adalah struktur koreografi JUGA penyampaian karya ini. Apa yang aku boleh katakan secara ringkas, All-rip-pu 2011 sangat mekanikal dan hilang jiwanya. Persembahan pada malam itu disudahi dengan sebuah karya tari yang sangat lemah sehingga setiap penari kelihatan sangat lemah dalam karya ini...

Comments

Unknown said…
gitulah.. kritikan pedas abg graduasi
Fee said…
Mana ada pedas... Biasa jer..

Popular Posts