dari Budak Kampung ke Wanita di Atas....

Assalamualaikum.

Seperti biasa, tenggelam timbul tenggelam timbul. Menulis di blog ni, walaupun sebenarnya hanya dihujung jari, tapi sejak aku ada kawan baik, aku dah lama tak mengemaskini blog aku ini.

Apa yang menarik, Terima Kasih Cinta sudah berakhir SEMINGGU yang lalu. Walaupun begitu, kalau korang ada baca tabloid. Rumah dah siap, tapi masih dengar orang pasang tiang. Biasalah, susah nak senangkan hati semua orang kan. Jauh disudut hati, aku agak lega selepas pementasan ini berakhir.

Terima kasih kepada Fizz, aku dapat menghadirkan diri seraya menonton persembahan Kampung Boy sebuah muzikal (KB) di Istana Budaya. Kata orang, bagaimana kita ingin mengenyangkan jiwa kita adalah dengan penonton persembahan. Dan menonton pementasan ini sangat menenangkan. Muzikal yang penuh dengan sentuhan artistik yang menarik dan segalanya disulam selari menjadikan ia sebuah persembahan yang menghiburkan.

Di sini, tak perlulah aku menggemakan segala pujian yang nyata persembahan muzikal ini adalah muzikal yang baik. Hanya timbul beberapa persoalan dalam diri aku sepanjang menyaksikan persembahan ini. 'White Supremacy'. Itu je yang aku nak katakan. Selain dari itu, ensembel sangat bertenaga dan bersungguh-sungguh. Dan hampir 90% di atas pentas adalah penari. Visi koreografi terlihat tapi malangnya "execution" seolah tidak berlaku. Seorang teman ada mengatakan and I quote "TKC terdiri daripada bukan penari dan koreografi kelihatan kemas, berlawanan dengan KB, yang penuh dengan penari". Aku tak paham apa yang kawan aku cakap kerana aku takde hak nak menghakimi. Walaupun begitu, aku tonton pra tonton. Dan seperti yang diberitahu diawal pementasan, persembahan itu adalah pertama kali mereka membuat Runthru. Dan kepada yang tidak menonton lagi, dapatkan tiket dan tonton. Pertama kali aku menonton persembahan DI ISTANA BUDAYA yang menceritakan kisah hidup tokoh yang juga memperlihatkan kegagalan dalam hidupnya dan perkara ini membuatkan penamatnya lebih bermakna. Dan aku tak malu, aku mengenang air mata dalam 2 babak yang memperlihatkan hubungan bapa anak dalam persembahan ini. Lagu yang mendatangkan kesan adalah duet antara Atilia dan Sandra. Juga babak di hospital selepas bersalin 17 Nov (kalau tak salah).

Dan malam tadi, aku menonton Woman On Top oleh ASWARA Dance Co. dengan kerjasama KakiSeni. Banyak karya yang dipentaskan aku pernah tonton. Takde apa yang menarik nak dikongsi selain daripada persembahan ini adalah usaha yang baik dalam menghargai peranan wanita dalam seni. Tema keseluruhan persembahan ini adalah rekonstruksi. And this is not a bad thing. This shows appreciation to a wonderful art piece. Ta'a contohnya representasi yang berjaya dipersembahkan. Berbeza dengan Ta'a oleh Aida Redza, karya yang sama ini lebih berjiwa tempatan. Walaupun bentuk badan Ismadian tidak seperti Aida, susuk tubuh yang normal dengan terlihat tembam dan 'bergetar' lebih relatif. Aku hampir menitiskan air mana menonton karya ini. Wirama pula adalah presentasi yang mengecewakan. Ia merupakan salah satu karya Joseph Victor Gonzales yang mendapat tempat dihati aku. Kurang kimia antara penari dan Kostum yang kurang sesuai membuatkan koreografi yang padat dengan dinamik dan tenaga longgar dan peroi. M2M karya mesti tonton.

Ini sahaja dari aku hari ni.. Kalau ada perkara yang aku nak kongsi lagi di sini, korang akan tau nanti.

P/S: Semiotik Gender roll diakhir persembahan Woman on Top, tapi kelihatan seperti tampalan sahaja.

Comments

Popular Posts