Aku Yang Sibuk!!!!!!
Assalamualaikum.
Sebenarnya sudah agak lama aku tidak menulis apa-apa di blog aku ini. Ini bukan bermakna yang aku tidak menonton sebarang bentuk persembahan. Hanya aku sedikit sibuk dengan urusan peribadi. Antara urusan yang sedikit sebanyak menyebabkan jadual aku agak padat adalah penulisan ilmiah yang harus aku siapkan bagi melengkapkan pengajian dan dua karya tari yang harus dipersembahkan sebagai projek amali yang juga sebagai syarat memenuhi kelayakan pengajian.Walaupun begitu, aku tetap dapat meluangkan masa menonton beberapa persembahan antaranya Natrah dan Tapestry 2010. Jujur aku katakan, aku pergi menonton dua persembahan ini adalah untuk mencari ilham dan juga menenangkan hati yang sibuk menyiapkan tugasan. Ternyata, pancaindera kritikan aku letakkan dirumah semasa aku menghadiri kedua-dua persembahan ini. Akan tetapi, aku ada merakam beberapa pendapat yang aku harap akan membantu sesiapa yang membaca blog. Dan aku suka ingin ingatkan apa yang aku tulis ini hanya kebenaran yang lahir dari pandangan subjektif aku yang boleh disangkal oleh sesiapa sahaja.
Natrah yang aku tonton adalah Natrah musim kedua. Garapan kisah biografi yang dipentaskan ini, pada pendapat aku agak berjaya. Berbanding Muzikal Tun Abd Razak, di dalam pementasan ini, watak antigonis juga diperlihatkan bagi membentuk graf persembahan yang dinamik. Yang menjadi persoalan pada aku (juga sedikit mengganggu) adalah semua nyanyian dalam persembahan ini adalah miming. Selain dari itu, lakonan bintang-bintang TV dan Wayang yang terlibat dalam persembahan Natrah ini kelihatan dibuat-buat dan jelas memperlihatkan kurangnya pengetahuan tentang gaya pementasan teater. Walaupun begitu, tahniah aku ucapkan kepada tenaga kreatif khususnya koreografer produksi ini, yang berjaya melatih Remy Ishak dan Maya Karin untuk menari bersama-sama ensembel dalam persembahan ini. Walaupun perlaksanaan gerak tari kelihatan kekok, akan tetapi usaha dua pelakon ini wajar dipuji.
Tapestry kali ini kembali kepada format persembahan ini yang terdahulu. Dalam aku terkenang penglibatan aku dalam produksi fakulti ASWARA ini, aku merasakan persembahan pada kali ini hambar. Ada rakan yang menonton berkata, "penari yang terlibat dalam persembahan ini tidak 'menari'. Mereka hanya bergerak. Dua persembahan yang membuat aku tersentuh dan benar-benar terhibur adalah Jatiswaram dan Joget oleh pelajat Tahun 3 diploma. Yang paling mengarut dan membuatkan aku rasa ingin ketawa atas 'lawak' adalah tari Cina yang mempunyai kostum yang kosnya dengar cerita dari mereka yang berlhidmat di fakulti mencecah puluhan ribu ringgit. Selain dari itu, persembahan secara keseluruhan ber-phasing sederhana ke perlahan, dan dinamiknya agak mendatar. Akan tetapi, usaha melaksanakan produksi ini harus dipuji dan perlu diteruskan.
P/S: pertama kali aku merasakan sambutan untuk persembahan Tapestry 2010 sedikit hambar. Persembahan yang selalunya menerima sambutan yang mengalakkan ini dilihat tidak menyengat seperti selalu.

Comments