Shows Shows Shows...

Sudah agak lama saya tak menulis di laman blog saya. Kehidupan dalam masa kini agak sibuk. Kuliah untuk tahun akhir telah bermula, latihan untuk KLPaC 'Waiting for Godot' dan macam-macam lagi.Dalam kesibukan ini, sebagai pelajar dan pengiat seni persembahan, saya sempat menhadirkan diri ke beberapa persembahan yang berlangsung di sekitaar Kuala Lumpur. Muzikal, teater, tari dan beberapa lagi bentuk persembahan.

Shout The Mod Musical, antara musikal yang saya tonton dan ia merupakan persembahan yang sangat memuaskan. Dihiburkan oleh idola saya, Ning Baizura, Tria Aziz; most talented artist I've ever know, lovely Tisha, Nikki dan lain lain lagi merupakan pengalaman yang indah. Nyanyian yang sangat merdu dengan teknik yang sangat baik dalam penyampaian, lakonan yang ringkas dan bersahaja dan aspek sinografi yang bewarna warni sangat menceriakan merupakan kombinasi yang unggul dalam persembahan ini.

Kemudian teater Inggeris After Juliet. Dengan hanya menonton persembahan ini, saya dihidangkan dengan persembahan yang sangat 'baru' dimata saya dan menyedarkan saya bahawa terdapat banyak kemungkinan dalam mempersembahkan naskah teater.

Meta M, persembahan yang sangat menarik perhatian dan menduga jangkaan saya sebagai penonton. Teknik tari yang ringkas dalam persembahan ini berjaya memukau saya sebagai penonton untuk terus mengikuti persembahan tari/teater eksperimental yang berdurasi lebih dari 1 jam tanpa sebarang interval. Congrat Arif, Sherry, Marcel, Daniel dan semua yang terlibat. Job well done!!

Yang terbaru sekali persembahan Mek Mulung Dewa Muda oleh PPAG. Selain dari saya terpaksa memakai pakaian yang bukan saya biasa pakai untuk menonton persembahan, saya sangat terhibur dengan persembahan yang telah disediakan oleh PPAG. Cerita itu sahaja telah berjaya mengimbau kenangan saya ketika saya disemester 1 dalam pengajian Ijazah. Persembahan Produksi untuk kuliah Mak Yong, kami telah mempersembahkan kisah Dewa Muda yang hampir sama dengan persembahan yang telah dipentaskan oleh PPAG.

Seperti saya dan semua orang yang rapat dengan saya tahu, lebih banyak lagi persembahan yang saya akan tonton sekiranya saya ada masa dan ada wang (hehehehehehe). Dikesempatan ini juga, saya ingin mengajak pembaca semua datang menonton saya dalam 'Waiting for Godot' di KLPaC pada 2 hingga 5 September 2010. yang unik tentang persembahan ini adalah ini merupakan cubaan berani saya untuk memainkan peranan Estragon. Mungkin untuk sesetengah orang, peranan ini agak mudah. Akan tetapi untuk seorang yang hanya aktif dalam bentuk tari dan muzikal, naskah yang pernah memenangi anugerah Nobel ini adalah sesuatu yang besar dan berat untuk saya. Datang dan berikan pendapat anda tentang sejauh mana saya berjaya memainkan peranan saya.

p/s: banyak jugak persembahan yang tak dapat saya tonton dan saya mintak maaf sangat-sangat sebab tak berkesempatan. sorry to all......

Comments

Popular Posts