LEPAS.....

Assalamualaikum...

Sudah lama saya tak mengemaskini blog ni...maaf lah kerana terlampau sibuk dengan komitmen kerja sepanjang cuti semester ini...tapi sepanjang cuti itu, saya sempat menonton sebuah persembahan tari kontemporari yang dianjurkan oleh Fakulti Tari ASWARA iaitu lepas....

selalunya saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang persembahan itu..akan tetapi untuk ulasan kali ini saya hanya akan memyatakan karya-karya yang menarik perhatian saya....

yang pertama dalam carta karya yang paling berjaya dalam persembahan Lepas ini adalah:

1. Dream, persembahan James Kan.
Karya yang ringkas tetapi berkesan ini sangat menarik perhatian saya dari aspek tatabahasa gerak, sinografi dan projeksi penari. Tatabahasa yang digunakan oleh James dalam karya ini sangat baru di mata saya dan ini sebenarnya memperlihatkan apa yang telah dilalui olehnya selama belajar diluar negara. sebagai penonton yang mengenali beliau secara peribadi, kematangan James Kan menghasilkan koreografi terlihat ke arah perspektif yang berbeza.

Penataan cahaya yang ringkas dan jelas, penggunaan Meja yang dipelbagaikan, wardrobe, semua ini banyak memberi kesan yang maksima dalam projeksi persembahan ini.

karya kedua yang menarik pada saya adalah
2. Shakti. Shafirul Azmi Suhaimi..
Mungkin tidak ramai yang berkesempatan untuk menonton versi solo karya ini yang sangat dipengaruhi oleh kesan visual nadir. pada versi itu, karya ini dipersembahkan oleh seorang penari sahaja. kisah yang diangkat dalam karya ini hanyalah kisah ringkas tentang kewujudan manusia. akan tetapi arah projeksi persembahan ini yang sangat melawan graviti berjaya mencipta satu ilusi dan pandangan baru dalam persembahan tari kontemporari.

kali ini, karya ini diperjelaskan dengna menampilkan kehadiran penari wanita dan terlihat telah berjaya melengkapkan keseluruhan penceritaan dan penyampai karya ini.

Karya ke tiga adalah persembahan
3. Wendy Rogers dan Jennifer.
apa yang menarik adalah projeksi tenaga kedua2 penari ini sangat bertimbal balik dan seiring sehingga ke akhir persembahan; gambaran pengembaraan dan cabaran yang dilalui oleh kedua-dua mereka sepanjang berada luar dari US. yang lebih menakjubkan pada saya secara peribadinya, wendy yang berusia 60 tahun yang berjaya memperlihatakan pengalamannya hanya dalam perlakuan gerak yang stabil. sangat mengkagumkan pada saya.

Karya lain boleh tahan sahaja pada pendapat saya...ini kerana ada diantara karya yang dipersembahan tidah cukup persediaan dan agak bercelaru tujuan persembahannya...

Tahniah sekali lagi untuk Fakulti Tari ASWARA

p/s : naim's line seem more interesting after he desided to change the music..,good for him...

Comments

Popular Posts