FWEN DOK PE'DAH...... ke?!
Assalamualaikum
Nilai persahabatan ada satu perkara yang sering menjadi tolok pengukur dalam keutuhan sesebuah perhubungan. Terdapat beberapa nilai konvensional yang menjadi garis panduan kepada kita semua untuk menilai sejauh mana hubungan yang kita jalinkan dengan seseorang individu itu adalah baik atau tidak. Serentak dengan itu, kita juga tidak boleh menafikan pengaruh media tentang jenis-jenis sahabat yang 'harus' kita dekati dan hindari. Dalam entri kali ini, aku ingin berkongsi tentang pandangan aku terhadap isu jenis-jenis sahabat dan bagaimana aku melihat sahabat-sahabat aku.
No such thing as 'best friend'.
Ya. I've said it. Pada pandangan aku, kita tak perlu melabelkan siapa kawan baik kita. Sekiranya mereka masih berkawan dengan kita dan sering bertanya khabar walaupun tak bersua muka, mereka cukup baik untuk kita. Tanpa meletakkan label 'kawan baik' aku takkan mengharapkan kawan-kawan aku menjadi sempurna dan lebih mudah aku menerima kelemahan mereka.
Lebih 50% kawan-kawan yang aku ada sekarang masih memburukkan aku di belakang aku dan sejujurnya aku takde masalah dengan itu. Kegagalan mereka berterus-terang dengan aku menyatakan bahawa mereka masih ingin berkawan dengan aku dan tercari-cari cara untuk meluahkan ketidak-puas-hati mereka kepada aku. Aku sedar akan ketidak sempurnaan ini dan menerima seadanya. At the end, tindakan mereka memburukkan aku dibelakang aku tidak menentukan siapa aku akan tetapi adalah projeksi mereka yang masih mencari-cari keyakinan diri mereka.
Kawan sekerja.
Kategori ini sedikit menarik. Tidak semua antara kita dapat bekerja dengan kawan yang kita kenal sebelum kita dapat bekerja bersama. Dalam sesetengah situasi, keadaan ini adalah satu rahmat. Secara fitrahnya kawan yang telah mengenal hati budi dapat bekerja bersama-sama di dalam satu organisasi adalah satu rezeki yang kita patut syukuri. Akan tetapi, terdapat juga kesan negatif iaitu isu profesionalisme.
Sebagai manusia, kita punya perasaan dan emosi dan ianya tidak dapat diabaikan. Perkara ini yang dilihat oleh aku menyumbang kepada ketidak profesionalan (ada ke perkataan ni? 😂). Kerana menganggap hubungan kita sebagai kawan, ada kala, sebagai rakan kerja kita gagal melaksanakan tanggungjawab (YA. KITA. AKU PUN KENGKADANG MACAM TU). Ada kala kita sering beranggapan bahawa rakan sekerja yang juga kawan kita akan memahami masalah peribadi kita dan dapat memberi ruang dan memudahkan kerja yang adakalanya kita tak mampu lakukan. Dalam jangka masa panjang, organisasi akan menjadi sesuatu yang berteraskan emosi dan bukan produktiviti. Kita lebih cenderung untuk menjaga hati, dari mencapai objektif. Aku cuba untuk menjadi rasional dalam setiap hal bagi mengatasi masalah ini. Ya. #SisCuba.
Kawan toksik.
Aku suka mereka yang dikategorikan sebagai toksik ini. Merekalah sebenarnya kawan yang semua orang perlu ada untuk memastikan kita sentiasa kita pada setiap masa. Di usia 35, aku sekarang lebih terbuka dan menerima attitud dan personaliti kawan-kawan aku. Terdapat banyak video dan post mengatakan bahawa kita perlu hindari mereka ini. Aku tak bersetuju. Untuk menjadikan kita seorang manusia yang cekal dan berkeyakinan, kita perlu berjaya mengawal segala tindakkan dan mengakui segala kesilapan kita, tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Sekiranya kita mula sedar yang kita punya rakan toksik berdasarkan garis panduan definisi apa itu rakan toksik, kita tak seharusnya menghindari mereka. Kita seharusnya mengenal pasti, mengapa mereka menjadi toksik dan mencari cara untuk menyuntik positiviti kepada mereka. Secara tidak langsung, ia akan membantu kita untuk menjadi insan yang baik di muka bumi.
Kau je yang best!
Aku pasti korang mesti ada sekurang-kurangnya seorang kawan yang rasa diri dia yang paling berbakat, yang paling hebat, yang paling rajin, yang paling menjaga persahabatan, segalanyalah dia yang paling. Aku dikategorikan oleh kawan-kawan aku (berdasarkan gossip kawan-kawan) sebagai kawan ini jenis ini. Aku suka melihat perkara ini dari dua perspektif; perspektif aku dan perspektif mereka.
Dari sudut pandang aku, aku akan mencari rasional kepada apa yang membuatkan seseorang merasakan dia seorang yang paling rajin, contohnya. Aku akan lihat bukti-bukti yang menyokong tanggapan mereka itu. Jika benar dia adalah seorang yang rajin, aku takde masalah untuk sama-sama setuju dengan tanggapan peribadi sipolan. Penilaian aku akan berakhir di sini. Aku tak perlu membuat group chat whatsapp untuk bincangkan pandangan aku demi mendapat persetujuan orang lain.
Bagi mereka yang merasakan yang aku ni seorang kawan yang feeling macam best, aku akan cuba lihat, dari kaca mata mereka apa yang membuatkan mereka berasa begitu. Aku guna mereka kerana mereka hanya akan nyatakan perkara ini dalam bentuk berkumpulan. Point ini sahaja sudah cukup untuk membuatkan aku mengabaikan komen mereka.
Cuba lihat analogi ini. Sekiranya dalam satu kumpulan manusia yang boleh menyanyi. Salah seorang dari mereka boleh menari dengan baik. Nescaya akan wujud satu individu yang merasakan individu yang berkebolehan sebagai penyanyi dan penari itu hebat. Disuntik dengan rasa cemburu, sipolan mula berkongsi pendapat dengan kawan 'baik'nya dalam kumpulan yang sama. Dan seterusnya, kumpulan penyanyi itu akan mula merasakan bahawa individu yang baik dalam nyanyian dan tari itu feeling bagus.
Akhir kata, selagi semua kawan-kawan aku merasakan aku seorang kawan, walaupun mereka menunjukkan ciri-ciri di atas, aku masih hargai mereka. Aku tahu, bukan mudah untuk terus berkawan dengan aku. Aku terlalu jujur dan loud. Kepada mereka yang masih di sini, terima kasih. Kepada yang merasakan aku tak tahu yang anda semua tak suka aku, di sinilah fungsinya kawan-kawan toksik ini. Aku tak terus percaya dengan cerita mereka. Aku akan selalu mencari kebenaran dengan sedikit kajian. Aku takkan memutuskan tali persahabatan kita kerana menerima perangai dan personaliti anda seadanya adalah modus operandi aku. Aku sentiasa bersedia untuk menjadi kawan untuk meminjamkan bahu untuk kau curahkan rasa dalam masa yang sama membantu menasihatkan mana yang mampu SEJUJURNYA. Tapikan, kalau korang ada hak nak benci aku, jangan lupa aku pun ada hak yang sama. Tapi aku lebih strategik,mungkin..... ke?
P/S: berhentilah label kan kawan-kawan anda fake. Sebenarnya mereka cuba menjadi profesional.
Comments