The New Beginning...... Pengguna MEDIA SO SIAL.....

Assalamualaikum.

It’s been so many years’ blog ini tidak dihujani dengan luahan kata dan rasa dari aku. Kritikan pun tidak kedengaran. Tin kosong lama tak berbunyi. Akan tetapi, sejak aku dah memliki sesuatu yang boleh membantu aku menaip dengan lebih selesa ni, Insyaallah blog ini akan kembali aktif.
Pada aku adakah orang akan baca atau tidak itu tidak penting. Sebab semua pusat akademik ada perpustakaan kan? Jadi kalau takde orang baca, kenape aku mesti berhenti menulis sebab aku suka membebel. Dikalangan teman-teman pun aku yang paling banyak membebel. Tak semua dengar pun, kan kan kan. Jadi, sebab dah ada kemudahan, why not aku praktis menaip semula. Jari aku dah tak sepantas dulu sebab sejak beberapa tahun ni guna ibu jari je. Dah makin montok jari-jari aku yang lain. Dah sama dengan jari kaki.

Post aku yang pertama ini berkisarkan tentang kuasa media social. Media social ini medium komunikasi yang sangat penting dewasa ini. Untuk aku sendiri, aku tak nafikan yang aku salah seorang yang menggunakan media social sebagai salah satu medium untuk meluahkan dan berkongsi pendapat.

Dari zaman aku nokia sabun, aku dah mula teruja dengan GPRS. Dan sekarang dah LTE. Kini tiada alasan lagi untuk menimba ilmu. Semuanya dihujung jari dengan harga yang sangat murah dan ada kalanya percuma. Cuma, cara menggunakan kemudahan ini berbeza bergantung kepada pengguna.
Ok ok. Aku taknak hukum sesiapa, sebab pada pendapat aku, kita semua sama je. Tapi kengkadang aku memang terjengkel dengan mereka yang obses dengan social media. YA OBSES. Yang terus percaya apa saja yang dia Nampak dan baca dari perkongsian di FACEBOOK contohnya. Yang aku tak kesah ialah mereka yang rasional. Yang aku pening adalah mereka yang emosi ni. 50 orang kata si A tu makan duit syarikat, kau pun sama sama marah. Padahal kau tak kerja pun kat syarikat tu. Kenapa ntah nak marah?

Aku sangat memilih siapa audience aku di FACEBOOK. So, siapa yang dalam friendlist aku tu TAHNIAH. Tapi kalau lama kelamaan aku rasa macam aku dah makin tak kenal kau, aku akan remove tau. Sebab dah lupa. And aku takde masa nak amik tau kau masak apa, kau makan apa, bercuti kat mana. Sebab perlu ke bagi tau orang semua tu. Menunjuk nunjuk. (hehehheheheh)

Aku suka luah perasaan kat FACEBOOK. Tapi aku tak pernah ingat apa yang aku luahkan kerana sebaik sahaja aku dah luahkan aku akan lupakan dan move on. So kalau nak tau apa kenapa aku post tentang sesuatu 

TANYA AKU TERUS. KALAU TAKDE NO TELEFON KAN BOLEH FACEBOOK MESSENGER. JANGAN JADI BODOH. ADA AKAUN FACEBOOK, ADA INSTAGRAM, ADA TWITTER, ADA SNAPCHAT, 

tapi masih lagi bagi alasan takde nombor phone.

Cuba korang tengok scenario ini ek. Kalau kau nak tau pasal matematik, kau tanya tukang kebun ke kerani ke cikgu matematik. Aku taknak jawab soalan tu. Tapi kesimpulan post aku hari ni adalah kalau tak paham, tanya. Kalau nak tau kenapa Kamarulzaman suka makan nasi, tanya Kamarulzaman. Kan senang. Takde masalah komunikasi. Aku bukan sesapa. Cuba seorang yang suka bersendirian. Mungkin sedikit menakutkan. Tapi kalau caranya betul, aku akan bantu beri pencerahan. Jangan salahkan Afghan sombong, kalau memang kau pun taknak sapa dia. Ada tak kau terus senyum kat semua orang yang lintas depan kau. Setahu aku bapak aku dengan LOLA je yang buat macam tu dengan semua orang yang tak dikenali.


P/S: YOU DON’T SEE THAT COMING, DON’T CHA. AND IT ALL BEGINS HERE…

Comments

Popular Posts