Becoming King.... Ke?

Assalamualaikum, 
Disebabkan aku tak boleh nak tidur malam ni, apa kata aku mengisi masa yang tersia ini untuk menaip sepatah dua kata tentang persembahan yang aku tontonan Jumaat lepas. Dengan rasa rendah diri aku tak pernah rasa pendapat aku selalunya betul. Ia hanya pendapat yang lahir dari pengalaman dan buah fikiran peribadi. 

Aku bersyukur sebagai seorang pelaku seni bebas di Malaysia, aku mungkin lebih pengalaman dalam melihat sesuatu dari sisi yang berbeza dalam sesebuah persembahan. Tahun 2014 aku memilih untuk melihat semua bentuk karya seni dari perspektif mata pengkarya. Mungkin apa yang aku nampak ni sebenarnya bukan sesuatu yang pengkarya cuba projeksikan secara sedar. Tapi segala yang aku dapat adalah dari pemerhatian dan info kontekstual pengkarya itu sendiri. 

Ego antara perkara yang membezakan seseorang pengkarya. Ianya tidak semestinya sesuatu yang negatif, akan tetapi nilai positifnya tidak juga tinggi. Ini yang menyokong kepada pilihan artistik seorang pengkarya. 

Dr Joseph Gonzales terkenal dengan karya karya yang mempersoalkan isu isu semasa politik. Beliau berpendapat (berdasarkan karya karya beliau) sistem pentadbiran negara kita, Malaysia wujud kelemahan dan kekurangan berbanding 20 tahun lalu. Isu seperti kiraan undi, pemilihan calon dan institusi raja Malaysia antara perkara yang terlihat dalam karya tari Becoming King yang dipentaskan di Black Box DPac Damansara Perdana. 

Di sini aku tak mahu nak pergi dengan lebih terperinci tentang bentuk gerak tari dan koreografi. Aku hanya ingin berkongsi pendapat aku tentang apa yang aku dapat dari menyaksikan persembahan yang kurang lebih berdurasi 1jam ini. Di akhir persembahan, terdapat sesi soal jawab dan sesi ini juga mempengaruhi pendapat aku tentang persembahan ini. 

Tari dalam persembahan ini adalah bukan sesuatu yang sangat penting. Pada pendapat aku, aku gagal melihat hubungkait secara terus frasa gerak dengan inspirasi dan isu yang cuba disampaikan. Tidak dinafikan terdapat frasa frasa yang menarik, akan tetapi ia mungkin menarik kepada mereka yang tidak pernah melihat bentuk itu. Jika keseragaman kualiti, teknik dan ketepatan gerak yang anda ingin nikmati dalam persembahan ini, ianya bukan untuk anda. Aku tak kisah sangat unison tak unison ni. Sebabnya aku sudah diberitahu pemilihan penari yang akan menjadi 6 tunggak utama adalah secara rawak dan keserasian jelas sekali tiada di kalangan Zizi, Naim, Azmi, Fasilah, Liza dan Kim. Akan tetapi, keserasian dan keseragaman ini adalah sesuatu yang boleh dicapai sekiranya mereka ada lebih masa untuk berlatih dengan kumpulan kumpulan yang berbeza. Mungkin masa mencemburui mereka. Dr Joseph juga ada mengatakan bahawa beliau memilih untuk membiarkan penari yang berbeza pengalaman dan teknik dalam sesebuah kumpulan itu terlihat. Ini untuk menerbitkan rasa cemas kepada penari yang lebih lemah untuk mencapai tahap penari yang lebih baik dalam kumpulan ini. Jadi penari yang lebih baik akan rasa apa ek? 

Kostum dalam persembahan ini sangat menarik. Warna yang dipilih merupakan warna terang dan mewakili beberapa warna pelangi. Di saat watak Pak Yong oleh Zamzuriah muncul, apa yang aku lihat ianya perlambangan kepada gay rights. Zamzuriah kelihatan seperti Pak Yong Drag Queen. Ironinya Pak yong adalah watak lelaki yang dimainkan oleh seorang perempuan dalam persembahan Malam Yong. Akan tetapi visual yang aku nampak adalah seorang perempuan memegang watak seorang lelaki dan watak lelaki ini adalah seorang Drag. Ini pendapat aku lah. Tak semestinya betulkan. Bila terlihat perlambangan perlambangan ini, aku terus teringat sesi viva aku semasa Prof Anis mengulas tentang projeksi aku dalam karya Tanggangisme. Hari sebelumnya Zam mengenakan kostum yang lain. Mungkin kesannya berbeza ketika itu. 

Aku kesal satu perkara je. Kenapa selepas pemilihan 'raja' yang baru, tiada apa yang membuatkan raja yang di pilih itu istimewa. Melainkan beliau duduk di posisi hadapan berbanding penari lain dalam seksyen akhir nyanyian lagu Mengadap rebab. Selain dimahkotakan, watak raja yang dipilih tiada apa kelebihan atau ketokohan.

Ni je lah pendapat aku tentang persembahan ni. Aku tak boleh nak persoalkan pilihan artistik pengkarya. Tapi ini yang aku dapat lah. Takde yang menarik pun pandangan aku ni. Peribadi sangat. 

Aku bersimpati dengan perasaan Dr Joseph sebagai rakyat Malaysia. Walaupun sudah lebih sedekad beliau berkhidmat dalam institusi kerajaan, perubahan (atau tiada perubahan) yang berlaku dalam sistem pentadbiran Malaysia, pada pendapat beliau tidak menggembirakan beliau sebagai bumiputera Malaysia. Ya lah. Masakan tidak. Itu yang beliau hadapi sehari sehari. Tari lah tempat beliau meluahkan perasaan. Dalam karya ni lah beliau boleh 'menjadi raja'. Tak pe sir. So far you masih raja fakulti tari ASWARA. 
😁😁😁😁😁

Comments

Popular Posts