Lebih ringan lebih bahagia... Ke...???

Assalamualaikum,

Aku memang sangat sibuk tahun ini. Terlibat dalam dua musical berskala besar membuatkan aku tiada masa untuk menulis. Bukan bermakna aku tidak meluangkan diri menonton apa2 persembahan tahun ni. Adalah dua tiga persembahan sempat aku tonton tahun ini dan jelas sekali aku tiada masa menulis pandangan dan pendapat aku terhadap persembahan persembahan itu.

Apa yang menarik sepanjamg 2014 ini adalah, aku telah berjaya menurunkan berat badan. Walaupun berat bada aku naik sebanyak 2 kg selepas pementasan PRamlee the musical, aku masih gembira dengan pencapaian aku setakat ini. Kesan dari ini, aku lebih berhati hati memilih makanan dan cuba sedaya upaya untuk tidak makan mengikut nafsu.

Kalau ditanya bagai mana aku berjaya menurunkan berat badan. Jawapan yang paling mudah adalah dengan mengubah gaya hidup. Ya! Semudah itu. Percaya atau tidak, inilah yang telah menjadi amalan aku sejak 1 Februari lalu hingga kini. Selain dari itu, minum air kosong minimum 3liter sehari dan cuba untuk makan minimum 1500 kcal sehari.

Mungkin terlalu awal untuk aku katakan bahawa plan yang aku amal ini adalah plan yang baik untuk dijadikan amalan, PLAN 365hari lebih ringan, tapi Alhamdulillah. Aku dapat rasakan hidup aku lebih sihat dan cergas. Apa yang menarik tentang program aku ini, aku tidak berhenti makan nasi dan tidak meletakkan apa2 pantang. Dari 105kg ke berat aku sekarang, 87kg, aku masih dapat makan apa yang aku biasa makan.

Dari pengalaman aku ini, aku belajar satu perkara. Pada usia apa pun, kalau anda ingin turunkan berat badan, pilih untuk makan dengan lebih sihat. Jangan terlalu bergantung dengan pil kurus slimming center dan yang sewaktu dengannya.

P/S: Merapu sikit pos kali ini. Insyaallah, bila program 365hari aku ini dah berakhir, aku akan kongsikan apa yang menjadi amalan aku dengan lebih terperinci.

Comments

Popular Posts