Me and my Makeup world.

Assalamualaikum.

Dalam semua kerja yang aku lakukan, aku agak teliti dan teknikal. Kononnya dengan cara ini aku dapat mengatur jangka masa perlaksanaan sesuatu tugas. Aku aplikasikan gaya kerja yabg sama dalam kerja sambilan aku; makeup.

Apa yang aku pelajari, beza mereka yang bekarya dan meniru karya jelas dapat dilihat dalam kerjaya makeup serata dunia. Apa yang aku faham makeup artis sama sahaja dengan kerja2 seni lain yang aku buat sebelum ini. Bagus sekiranya kira ada teori minimal dan teknik aplikasi dari kelas2 yang kita hadiri. Akan tetapi, perlaksanaan adalah perkara yang terpenting. Berkarya adalah oksigen bagi semua artis. Kekadang kita tak perlu ikut rukun untuk menghasilkan penataan yang baik. Kreativiti adalah kunci kejayaan.

Untuk aku yang sudah hampir 2 tahun menceburi bidang ini (yang setiap tahun semakin serius) sentiasa membenarkan diri aku mempelajari sesuatu benda yang baru kerana nilai seni ini berubah dari masa ke semasa. Aku gembira dengan perkembangan diri aku setakat ini. Kalau sesiapa berminat nak menyaksikan hasil sentuhan aku KLIK SiNi.

Comments

Popular Posts