Suka duka membaca dan menulis kritikan..ke???

Assalamualaikum.

Jika sesiapa yang menziarah blog aku sejak tahun lepas, aku semakin malas untuk menulis. Banyak sebab menyumbang kepada perkara ini. Aku seorang free lancer yang sibuk mencari rezeki berbekalkan bakat kurniaan ilahi demi meneruskan hidup dengan happy.  Ini tidak bermakna yang aku tidak mengikuti perkembangan INDUSTRI tari Malaysia yang kian pesat. Masa lapang yang ada aku akan cuba isi dengan menjamu diri aku dengan persembahan pentas, khususnya tari. Tapi sejak kebelakangan ini, minat untuk menulis kritikkan tentang persembahan yang aku tonton semakin kurang.

Aku ingin berkongsi pengalaman aku membaca kritikan orang lain dan berharap supaya aku dapat mempelajari sesuatu dari setiap bacaan. Dalam tahun 2013 ini aku ada terbaca 2 review oleh seorang insan yang tulisannya pernah menjadi rujukan dalam kuliah oleh Marion D Cruz semasa aku menuntut dahulu.

Sebenarnya, aku tak rasa kritikan insan ini sebuah kritikan yang baik pada masa itu. Mungkin aku berharap kritikan beliau akan jadi lebih baik selepas berpeluang menonton beberapa persembahan dalam masa 2 3 tahun kebelakangan ini. Malangnya harapan aku terlalu tinggi.

Mungkin tanggapan aku terhadap apa yang dinamakan review adalah berbeza dari penulis yang aku maksudkan ini. Yang aku pelajari satu masa dulu, apa yang dikatakan review haruslah mempunyai beberapa hujah penting; Interpertasi, Justifikasi, Informasi Kontekstual dan Penilaian. Yang aku faham juga, hujah2 ini harus diterangkan supaya pembaca dapat melihat persembahan yang direview dari tulisan itu.

Akan tetapi, penulis yang aku maksudkan ini jelas menggunakan kelebihan dan ruang yang diberikan dengan mengarang fiksyen demi memenuhi kepentingan sesebuah entiti. Salahnya pada aku apabila satu satu kritikan itu menyatakan keindahan yang dibesar-besarkan dari retorika yang tercipta dalam minda penulis. Yang aku kesal, ruang yang digunakan dieksploitasi untuk kepentingan diri sendiri semata. Benar, pandangan setiap individu berbeza. Tapi membutakan diri beliau dengan menyatakan semua yang beliau lihat dalam TWO adalah sesuatu yang berani dan yang pertama seumpamanya adalah penyataan yang tidak adil.

Tak apa lah. Rezeki beliau, diberi ruang  untuk menjadi mata mewakili peminat seni tari tempatan dan menyebarkan informasi tentang persembahan tari tempatan ke aras yang lebih global. Yang aku kesalkan adalah ruang yang diberikan itu disalah gunakan. Mengabai kewujudan pejuang dan pelaku seni tari yang wujud dalam negara yang kecil ini juga aku kesali.

Harapan aku adalah supaya keadaan ini tidak berterusan. Kalau ia berterusan pun apa daya aku yang kerdil ini. Tajuk albumnya Luncai terjun dengan labu labunya... biarkan biarkan...

P/S: Memang susah nak puaskan hati aku bila aku sering dianggap antigonis dalam permainan hidup golongan yang merasakan mereka adalah pejuang. Perjuangan apa yang dijihadkan? Cuba citer sikit..

Comments

Popular Posts